Isnin, 27 April 2009

MESYUARAT PENDEDAHAN BAHASA DAN BUDAYA ASLI KEPADA GURU BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI KELANTAN 2009

Unit Projek Khas Program Pensiangan Salinatan telah mengadakan kursus Bahasa dan Budaya Asli kepada guru-guru bahru di Sekolah kebangsaan Asli Kelantan. Program dihadiri oleh 24 orang guru daripada 12 buah sekolah Asli di Kelantan. Pegawai dari PPD Gua Musang dan PPD Jeli turut hadir.
Selaku penyelaras program, saya telah membawa dua orang bekas pegawai JHOA yang amat berpengalaman tentang masuyarakat Asli iaitu En Idrus dan En Khalid.
Turut hadir ialah pensyarah daripada IP Ipoh, IP Pulau Pinang, IP Tengku Ampuan Afzan, IP Dato' Razali Ismail, IP Tengku Bainun dan IP Perlis. Para pensyarah dari IP berkenaan dijemput sebagai pendedahan bersama untuk mencari formula terbaik dalam memberi input yang bermanfaat untuk guru-guru Sekolah Asli.
Bersama En Aminuddin mamat dalam house keeping

Barisan pensyarah jemputan dari IP Ipoh, IP Tengku Ampuan Afzan dan IP Pulau Pinang

Guru-guru sekolah Asli dalam sesi bengkel.

Tn Hj Yajid Yaakob, Timbalan Pengarah IPKB memberi motivasi dan ucaputama

Tanda terima kasih penyelaras program kepada Timbalan Pengarah

Tuan Pengarah, En. Hashim Deraman beramah mesra dengan peserta kursus

En. Hashim menyampaikan amanat untuk guru-guru dalam majlis penutup


Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA