Pada 20 dan 21 Februari yang lalu, IPGKDRI dan IPGKKB telah menyertai program
Pemantauan Pelaksanaan Modul Prokhas di Sekolah Prokhas Aring 5. Program ini
turut disertai oleh KPPK JPN Kelantan En Azuari, Pn Norzihan dan beberapa
pegawai PPD Gua Musang. Tujuan pemantauan ini adalah bagi melihat keberkesanan
dan kesesuaian "buku panduan guru " yang dihasilkan oleh pasukan pembantu
Prokhas Aring 5.
Sepuloh tahun lalu, Wak pernah ke kampung ini dalam program pendidikan bersama Guru Besar Sekolah Pasir Linggi, Cikgu Sakinah (kalau tak silap namanya) dan Pengawai Pendidikan JAKOA Kelantan, Abang Ramli. Rujuk tarikh Mac 2009 dalam blog ini
Perbincangan dengan PPD dan JPN |
Guru yang mengajar di sekolah ini menyatakan , mereka bertolak dari Sekolah Kebangsaan Aring
kira-kira jam 8.00 pagi kerana membawa bekalan makanan (RMT). Menurut Cikgu
Hisham, jarak dari sekolah Aring ke sekolah Prokhas kira-kira 50
kilometer.Perjalanan dari sekolah Aring ke sekolah Prokhas mengambil masa
kira-kira satu jam,bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca kerana guru-guru
ini datang ke sekolah menaiki motorsikal.
Dalam perbincangan, beberapa masalah telah ditimbulkan oleh para guru mengenai
perjalanan sekolah Prokhas. Dapatan ini mungkin sebagai pandangan pemerhatian selama 3 jam, bermula dari jam 9.00 pagi hingga murid pulang pada jam 12.00 tengahari.
Antara dapatan perbincangan dan pemerhatian ialah:
1. Tahap usia yang tidak sekata. Umur murid
yang berada dalam kelas antara 6 tahun hingga 13 tahun. Dalam perncangan awal,
hanya murid yang berusia 7 hingga 9 tahun sahaja yang akan bersekolah di sini,
tetapi atas beberapa pertimnbangan, pihak sekolah menerima juga murid yang lebih
usia.
2. Tahap pencapaian murid berbeza. Ada yang belum mengenal huruf dan ada yang
telah dapat membatang perkataan.
3. Tiada panduan guru untuk mengajar dan tiada bahan bantu mengajar yang dibekalkan.
4. Tiada jadual yang khusus walaupun program telah lama berjalan.. Cara masuk kelas, nyanyian lagu negaraku atau lagu negeri Lagu Selamat Sultan kurang didedahkan. Cara permulaan kelas (untuk masuk kelas ) dan cara menutup kelas (waktu balik) tidak ada peraturan yang khusus.
5. Cara penyampaian guru dalam aktiviti nampak statik. Kurang aktiviti yang boleh membina kreativiti murid. Peruntukan bahan bantu mengajar mungkin boleh memberi kekretivitian kepada guru untuk memperbanyakan aktiviti.
Guru dilihat terlalu mendominasi kelas sehingga murid tidak berpeluang memberi reaksi dalam kelas.
5. Interaksi antara guru dengan murid agak pasif. Kepasifan interaksi dilihat sebagai penyebab kepada kesukaran murid menerima pengajaran guru. Situasi ini dilihat sebagai kekakangan atau boleh dikatakan sebagai halangan untuk mencapai interaksi yang berkesan
6. Pakaian guru terlalu santai, memakai baju T dan seluar sukan. Alasan yang diberi oleh guru agar murid tidak "terkejut" dengan budaya "pakaian smart". Wak pun masuklah pakai T shirt, tetapi selepas tu, rombongan PPD dan JPN datang pakai pakaian smart, siap tali leher lagi. Aduss.
Rasanya sekiranya cikgu berpakaian lengkap seperti guru di sekolah arus perdana, murid akan lebih berasa duduk dalam kelas yang formal, kerana selepas ini murid akan bersekolah di sekolah arus perdana.
Masa nak balik,...... Terfikir juga beban guru. Terpaksa tunggu makanan di kantin Aring dan membawa makanan RMT. Mereka naik motorsikal. Cuaca tidak menentu. Dalam perjalanan berselesih dengan lori sawit (lori hantu) , selisih dengan trailer bawa bijih, jumpa babi, lalu kawasan ladang sawit...
Ya Allah, semoga usaha murni mewujudkan Prokhas akan berjaya menyedarkan masyarakat ini tentang kepentingan pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan