Ahad, 10 Mei 2009

PANTANG LARANG MASYARAKAT ASLI KELANTAN : Oleh En Idrus : JAKOA KEL


 Kehidupan masyarakat Orang Asli dipedalaman masih  berpegang kuat kepada Adat Resam dan Pantang Larang yang menebal.  Walaupun    pembangunan,  prasarana  serba  canggih, seperti  IT  dan sebagainya sudah terserlah.  Tetapi masyarakat Orang Asli yang menjadi penghuni tetap dipedalaman masih  terikat amalan tradisi budaya dan pantang larang mereka.  Bagi  yang belum mengenali kehidupan sebenar, serta amalan yang dipegang oleh masyarakat Orang Asli.  Jangan lah membuat andaian-andaian  prasangka  buruk  atau  tanggapan  negatif  yang  boleh melenyapkan sesuatu bangsa atau kaum.   Orang Asli hidup dengan identiti mereka, pusaka amalan nenek moyang.    Mereka  memerlukan bantuan serta bimbingan dari Kerajaan dan akur  pada pemimpin. Tidak menolak program-program pembangunan atau menganggu gugat keselamatan negara mereka wajar diberi perhatian dan  mereka  adalah rakyat Malaysia.     

PANTANG LARANG YANG DITEGAH

Dalam Perjalanan.
       
       Elakkan bercakap perkara-perkara tidak penting.
                 
                   . Cakap besar
                 
                   . Menegur sesuatu yg tidak pasti.
                 
                   . Jangan  membuang air kecil atau
                     besar dalam sungai.
                 
                   . Jangan ( besiul )

2. BERADA    DIPERKAMPUNGAN
 
      Buangkan tanggapan perkataan yg berbau menghina. Seperti  Sakai, Pangan, bodoh, malas 
      dan sebagainya.

 i.      Hindarkan memuji kanak-kanak kecil  O/Asli.
 ii.     Jangan memukul binatang.
 iii.    Usah menangkap rama-rama.
 iv.    Dilarang naik rumah O/Asli sebelum dipelawa.
 v.     Jangan memberi sesuatu kepada wanita O/Asli.
vi.   Tidak boleh menyapa O/Asli  menangkap ikan    
vii.   Orang Asli sedang berburu.
viii.  Elakkan bertanya cerita/soalan lampau  ( komunis)
ix.    Jangan paksa O/Asli buat sesuatu yang ia tidak   rela.
x.     Jangan berjanji.   

KEMATIAN


Apabila berlaku kematian mayat simati akan ditanam jauh seberang sungai.Seluruh kampung akan berkabung.( tehmoh )
Tidak dibenarkan kegiatan bersuka ria.
Wanita dilarang berhiaskan diri.
Kebiasaan nya pantang berkabung 2 atau 3 bulan.
Selepas pantang berlalu diadakan hari “Buka Pantang”  tarian sewang.

BUKA PANTANG 

Selepas pantang diadakan “Hari Buka Pantang”
Diadakan majlis makan besar.
Sebelah malamnya diadakan Tarian Sewang.
Buka Pantang hanya mereka yg dijemput sahaja.
Semasa bersewang tetamu tidak dibenarkan keluar/masuk  majlis. Sehingga diarah oleh Tok Halak






 Pengantin Baru.  ( tidak digalakkan membuat kerja berat, keluar  rumah pada hari pertama.)

Menantu Lelaki/Perempuan. ( dilarang bercakap antara satu sama lain. tidak boleh duduk berdekatan.)

Buka ladang baru. ( patuhi arahan ketua/bomoh tanaman tidak menjadi.)

Kempunan Selantap. ( pelawaan yg tidak diterima.)

Menuai Padi Baru. ( Semangat ‘ruai’ padi yg ditanam,tuai,tumbuk persiapan memasak ada waktu tertentu.)

Kenduri Padi Baru. ( amalan ini diharap semangat padi dimusim  hadapan bertambah.)



Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA