Dalam seminar Peribumi yang diadakan di Universiti Darul Iman (KUSZA > UNISZA) pada hujung 2008, saya tertarik dengan pembentangan Prof Shuda yang ringkas dan padat, dan disampaikan dalam bahasa Melayu campur English. Kisah Asli Bateq di Pulau Sayak, Kuala Koh, Pasir Linggi dan Jerantut.
Hebat betul Jepun ni. Dia kata, universitinya terletak di Pulau Hokaido, berjam-jam naik train dari Tokyo. Di sana pun ada Asli. Asli Jepun.
Teringat kata-katanya bahawa ada seorang siswanya akan buat kajian di Kuala Koh. Rupanya, saya pun ada rezeki menemuinya.
Kali pertama bertemu Aya di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi |
Aya kata dia tinggal di rumah penghulu Hamdan... Lepas tu isteri Penghulu merajuk lari ke hutan. Entahlah, tak tanya cerita seterusnya |
Apa sebenarnya yang dicari oleh Prof Jepun ni?
Dulu cikgu sejarah ada menceritakan bahawa sebelum Jepun menyerang Asia Tenggara, mereke datang menyamar sebagai penjual kasut, periuk belnga dan selipar jepun di kampung-kampung.
Yang ni dia masuk hutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan