Selasa, 23 Februari 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMALAH

        (Sekolah Gemalah: Sumber, Cikgu Hassan Arifin, Guru SK Gemalah 1972-74)
         Sekolah Kebangsaan Gemalah, Gua Musang. Satu nama yang pernah menjadi sebutan warga pendidik di belantara Kelantan satu masa dahulu. sekolah yang didirikan di dalam belantara Pedalaman Kelantan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli  pada tahun 1972 telah dapat mengumpulkan 98 orang murid di sekitar Gua Musang untuk belajar secara formal di dalam sekolah yang dipusatkan.
          Menurut En Khalid (Kakitangan JHOA di Gemalah: 1972-82)
          
       Sekolah ini mempunyai dua bangunan kayu, yang digunakan untuk 6 bilik darjah dan pejabat. Enam orang guru Kementerian Pelajaran Malaysia ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini  Guru -guru yang mengajar di sini disediakan rumah dan keperluan asas dengan elaun tambahan sebanyak RM 80.00 (RM: Lapan Puluh sahaja).
        Sistem persekolahan menggunakan kurikulum arus perdana. Pemilihan masuk ke dalam kelas mengikut ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah supaya mudah cikgu mengagihkan murid dalam kelas mengikut kebolehan masing-masing.
        Pihak membuka peluang kepada kanak-kanak dan belia untuk masuk mendaftar sebagai murid tanpa mengira usia. Pelajar paling tua pada tahun itu berumur 18 tahun dan menduduki darjah satu. Terdapat murid yang telah tamat darjah enam tetapi enggan menyambung ke sekolah menengah (Tingkatan 1), masuk mendaftar semula ke darjah empat atau lima.
         Murid perempuan yang belajar di SK Gemalah. Terdapat murid wanita yang telah mempunyai anak. Murid ini akan balik ke rumah pada masa rehat untuk menyusukan anak.
         Murid perempuan tidak ramai kerana wanita dikatakan sangat pemalu, lebih-lebih lagi kepada 'orang luar'. Hubungan yang akrab dengan masyarakat tempatan setelah beberapa lama tinggal di Gemalah menyebabkan jumlah murid perempuan bertambah.
"Saya memilih untuk bertugas di Pedalaman secara sukarela. Saya membawa isteri dan empat orang anak tinggal di Pedalaman. Jalan untuk masuk amat mencabar. Dari Kota Bharu menaiki keretapi ke Bertam, kemudian menaiki motor bot memudiki hulu sungai. Perjalanan amat mencabar, melalui air deras dan jeram yang dalam.Perjalanan dari Bertam lebih kurang 4 jam"
"Anak-anak dipasangkan pelampung sepanjang perjalanan".
Ancaman komunis dan binatang buas pada masa itu tidak mematahkan semangat untuk berkhidmat di pedalaman. Pernah melihat monyet yang berada di hujung dahan  disambar oleh ikan tapah..
Cikgu Hassan.

Rumah penduduk kampung yang dibina secara lebih teratur dengan kerjasama JHEOA

Murid perempuan orang Asli  yang menyambung persekolah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu sekitar tahun 1973.

Sekolah kebangsaan Gemalah  menarik minat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat lawatan rasmi. Menurut Cikgu Hassan, sekolah ini didirikan ditengah  belantara yang dapat mengumpulkan kanak-kanak daripada kampung berdekatan.
Pihak kerajaan juga memberi pendidikan dan bantuan dalam usaha untuk membendung pengaruh komunis.


Menteri Besar  Kelantan, Dato' Ishak Lutfi mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn dalam lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Gemalah.


Helikopter merupakan pengangkutan rasmi orang kenamaan ke pedalaman. Sekiranya terdapat kes kecemasan, seperti sakit , pesakit akan dibawa ke Hospital Grik dengan bantuan helikopter. Bantuan makanan dan keperluan dihantar dengan helikopter dan pesawat Caribou. 

Jurulatih sepak takraw. Permainan paling disukai oleh masyarakat Asli pada masa itu ialah sepak takraw dan bola sepak.
Pasukan perubatan dan kecemasan. Pesakit akan dibawa ke Hospital Grik. Bandar terdekat dengan Pos Gemalah.
Penubuhan pasukan pengakap yang disertai oleh murid Asli. Segala kelengkapan dibekalkan secara percuma oleh JHEOA. Mereka turut serta dalam semua aktiviti pengakap daerah mahupun negeri. Kumpulan pengakap pernah di bawa ke Kem Kijang, Kota Bharu.
"Pengalaman paling menggerunkan apabila murid Asli berenang ke Tengah laut di Pantai Cahaya Bulan." . Cikgu Hassan
Haji Hassan Ariffin 79 tahun, bekas kumpulan guru pertama di Pos gemalah pada tahun 1972 bersama dengan Tuan Haji Ghazali Jusoh 61 tahun, Mantan Penyelia Sekolah Rendah JPN Kelantan
Baris guru yang mengajar di SK Gemaalah di hadapan rumah guru SK Gemalah.
Bersama angkatan tentera yang bertugas di Pos Gemalah
Pasukan  bola sepak SK Gemalah turut serta dalam permainan peringkat daerah.

Kawasan Gemalah kaya dengan ikan kelah












Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA