Pada 12 Jun 2023, kami telah bertolak dari IPGKDRI seawal jam 9.00 pagi ke Sekolah
Kebangsaan Hendrop, Gua Musang, Kelantan. Dalam tempoh 6 jam perjalanan ke Pos
Hendrop, kami telah berhenti di RNR Gua Musang bagi makan tengah hari dan berhenti solat
di Masjid Razaleigh, Gua Musang. Pada jam 3.00 petang kami telah sampai di Sk Hendrop
dan telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan sekolah tersebut. Kami
dibawa mengelilingi Sk Hendrop dan telah ditunjukkan selok belok bangunan sekolah bagi
memudahkan perjalanan sepanjang program ini berlangsung.
Program ini dimulakan dengan slot audit solat yang bertempat di dewan Sk Hendrop.
Slot ini telah disertai oleh pelajar asrama seramai 40 orang murid. Slot ini bermula selepas
solat Maghrib. Fasilitator melakukan demonstrasi pergerakan dalam solat beserta bacaan.
Kemudian, murid diminta untuk melakukan amali bersama-sama bagi memantapkan lagi
ingatan dan pemahaman mereka.
Tazkirah Tuan Haji Ustaz Sood di Masjid Hendrop |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan