Sabtu, 17 Jun 2023

BAKTISISWA IPG ZON TIMUR 2023 DI SEKOLAH KEBANGSAAN POS HENDROP, LOJING, GUA MUSANG



Pada 12 Jun 2023, kami telah bertolak dari IPGKDRI seawal jam 9.00 pagi ke Sekolah Kebangsaan Hendrop, Gua Musang, Kelantan. Dalam tempoh 6 jam perjalanan ke Pos Hendrop, kami telah berhenti di RNR Gua Musang bagi makan tengah hari dan berhenti solat di Masjid Razaleigh, Gua Musang. Pada jam 3.00 petang kami telah sampai di Sk Hendrop dan telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan sekolah tersebut. Kami dibawa mengelilingi Sk Hendrop dan telah ditunjukkan selok belok bangunan sekolah bagi memudahkan perjalanan sepanjang program ini berlangsung. Program ini dimulakan dengan slot audit solat yang bertempat di dewan Sk Hendrop. Slot ini telah disertai oleh pelajar asrama seramai 40 orang murid. Slot ini bermula selepas solat Maghrib. Fasilitator melakukan demonstrasi pergerakan dalam solat beserta bacaan. Kemudian, murid diminta untuk melakukan amali bersama-sama bagi memantapkan lagi ingatan dan pemahaman mereka.

Tazkirah Tuan Haji Ustaz Sood di Masjid Hendrop






 
Majlis penutup dihadiri oleh dif-dif kehormat daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, pengarah-pengarah dari
Institut Pendidikan Guru, para pensyarah serta para guru dari Sk Hendrop. Dif-dif kehormat
menandatangani kain rentang program sebelum masuk ke dalam dewan. Sewaktu majlis
penutup ini juga, tandatangan memorandum jalinan pendidikan dengan pihak sekolah telah
dilaksanakan serta sesi penyerahan sijil kepada fasilitator dan hadiah kepada pihak sekolah.

Sabtu, 22 April 2023

KEM BESTARI SOLAT POS HENDROP 2023

 Pada 9 hingga 11 Mac 2023, pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 Pendidikan Islam 2 di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah melaksanakan program Mentor Mentee bersama warga orang asli di Pos Hendrop dan Pos Tuel yang bertempat di Gua Musang, Kelantan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada warga orang asli di sana berkaitan dengan agama khususnya dalam bab solat. Program ini berfokuskan kepada kanak-kanak orang asli. Tidak dilupakan juga kepada warga remaja dan dewasa, pelajar juga membuat perkongsian berkaitan agama bersama mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ingin disoal.



                                                       Pelajar dan pensyarah berkumpul di hadapan Dewal al-Farabi IPGKDRI. Pengangkutan yang digunakan ialah sebanyak 2 van dan 2 kereta pensyarah pengiring. Dr. Hajar Narita Binti Mohd Noor, Pengarah IPGKDRI turut hadir untuk memberikan kata-kata peringatan dan nasihat kepada para peserta program sebelum bertolak ke destinasi. Selepas kata-kata diucapkan oleh Pengarah, doa dibacakan oleh Saudara Muhammad Umar Bin Mohd Asri sebagai pengerusi program. Tepat pada pukul 8:45 pagi, semua fasilitator bersama pensyarah pengiring bertolak ke destinasi.

 

Dalam perjalanan ke Gua Musang, para fasilitator sempat untuk singgah ke dua buah masjid yang popular di Gua Musang iaitu Masjid Buluh dan Masjid Razaleigh untuk solat Zohor. Kedua-dua masjid ini terletak di kawasan yang berhampiran. Sesudah solat zohor, perjalanan diteruskan.

Tepat pada pukul 5:15, para fasilitator dan pensyarah sampai ke Pos Hendrop, Gua Musang Kelantan. Kami disambut oleh Ustaz Haris sebagai ketua agama islam di Pos Hendrop, seorang pegawai JAKIM, Ustazah Amalina dari Pos Tuel dan Ustazah Zaiton sebagai penggerak masyarakat Pos Hendrop. Kami disambut dengan baik oleh mereka sebagai tetamu. Selepas itu, sekumpulan fasilitator bersama Ustaz Mubarak, bertolak ke Pos Tuel yang terletak 19 km dari Pos Hendrop untuk menyantuni warga masayarakat orang asli di sana

Para fasilitator telah bertemu dengan ketua kampung Kawasan Pos Tuel untuk bertanya khabar dan meminta izin untuk melaksanakan program di sana. Para fasilitator juga menyapa warga orang asli di sana dan memberi sedikit cenderahati kepada mereka. Fasilitator juga melayani kanak-kanak di sana dengan bermainan beberapa permainan. Sesudah itu, fasilitator dan Ustaz Mubarak pulang ke Pos Hendrop.


Pada sebelah malam, fasilitator memimpin aktiviti di masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop. Bacaan Yaasiin dipimpin oleh saudara Muhammad Haziq bin Mohd Rizal. Tazkirah maghrib dan solat isyak diimamkan oleh saudara Umar. Selepas aktiviti di masjid selesai, warga orang asli dijamukan dengan masakan yang disediakan oleh Fasilitator.

 

Pada waktu subuh, solat subuh diimamkan oleh Saudara Muhammad Izzuddin Bin Idris. Tazkirah subuh telah disampaikan oleh Ustaz Shamsuddin berkenaan dengan tafsir surah as-Shams. Sarapan pagi juga disediakan oleh pihak fasilitator untuk warga orang asli.


 

Pada setiap jumaat pagi, orang islam Pos Hendrop akan berkumpul di Masjid al-Hidayah untuk aktiviti perkongsian agama. Semua warga remaja dan dewasa diwajibkan hadir. Untuk perkongsian kali ini, fasilitator mengetuai setiap pecahan kumpulan. Fasilitator lelaki berkongsi berkenaan ilmu agama kepada warga orang asli di sana. Bagi fasilitator perempuan, aktiviti yang dibuat ialah bersama dengan kanak-kanak orang asli. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memenuhi objektif program iaitu untuk mengajar kanak-kanak orang asli berkaitan solat. Aktiviti permainan, perkongsian dalam kumpulan, nyanyian dan sebagainya dilaksanakan dengan baik secara berkumpulan.

Pada 12 tengahari, satu majlis ringkas dilaksanakan yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Zaidi Bin Wan Nawi, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKDRI. Beliau telah menyampaikan ucapan dan hasrat untuk program yang dilaksanakan ini sebagai salah satu usaha untuk membantu perkampungan orang asli yang memerlukan keperluan ilmu pengetahuan agama sebagai umat islam. Dalam majlis itu juga, telah disampaikan sumbangan berbentuk lampu solar untuk kegunaan warga Pos Hendrop itu sendiri.

 

Pada sebelah petang, sekali lagi dilaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan ialah mengajar murid untuk menyebut kalimah tahlil, doa masuk dan keluar masjid. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak ini untuk sentiasa mengunjungi ke masjid untuk solat berjemaah, aktiviti masjid dan sebagainya. Selepas itu, mereka diberikan permainan sebagai tanda-tanda kenangan antara pihak IPGKDRI dan kanak-kanak Pos Hendrop. Warga islam orang asli Pos Hendrop juga diberikan beberapa cenderahati berbentuk makanan, bookmark, sticker, surah al-Fatihah dan ayat Seribu Dinar. Selepas itu, para fasilitator dan pensyarah bergerak ke Cameron Highlands untuk bermalam di sana.

 

                                    

Pada sesi malam, telah dilaksanakan satu Usrah perbincangan dan refleksi berkaitan aktiviti pada hari tersebut. Usrah itu diketuai oleh Ustaz Shamsuddin dan Ustaz Mubarak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh: 11 Mac 2023

Hari: Sabtu

               

            

Para fasilitatir bertolak ke Pos Tuel, Gua Musang. Fasilitator membuat aktiviti perkongsian bersama warga islam orang asli di Pos Tuel.

 

   

Majlis penyerahan dan sumbangan telah diadakan di Pos Tuel yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zaidi Bin Wan Nawi, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKDRI. Sumbangan itu dalam berbentuk lampu solar dan beberapa cenderahati

 

 

Sesudah majlis tamat, fasilitator terus begerak pulang ke IPGKDRI dan sampai pada 7:30 malam.


Khamis, 5 Januari 2023

MODUL HENDROP MEMBACA DI IPGKKB

 

PESERTA mendapat taklimat tentang gambaran peribumi dari Tuan Haji Rosely Mustapha, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKKB


Taklimat Hj Rosely


Perkongsian modul pandang sebut denfgan encik Ibrahim, mantan Pensyarah IPGKKB


Penyampaian cenderahati oleh Pengarah IPGKDRI kepada Pengarah IPGKKB






Pembentangan modul kepada pengarah

Peserta dan pensyarah bergambar bersama Pengarah


Terima Kasih Encik Ibrahim. Perkongsian GABUN



HENDROP MEMBACA