Jumaat, 22 Januari 2016

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PKPP ZON TIMUR 2016


         Mesyuarat PKPP Zon Timur 2016 diadakan di TELLTrac, IPGKDRI Kuala Terengganu pada 21 Januari 2016. Empat IPG terlibat ialah IPGK Kota Bharu, IPGK Sultan Mizan , IPGK Dato' Razali Ismail dan IPGK Tengku Ampuan Afzan.



               Mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan 2  program  bersama  iaitu Program Karnival Pendidikan Peribumi yang akan diadakan di Gua Musang Kelantan dan Program Transformasi Pendidikan Peribumi 2016 yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kiol, Jerantut, Pahang.
              Pada tahun 2016, giliran IPG Kampus Kota Bharu  menjadi urusetia program Transformasi Pendidikan Peribumi. Sekolah Kebangsaan Kiol, Jerantut merupakan satu-satunya sekolah Asli yang berada di bawah PPD Jerantut.
              Dalam melaksanakan Program Karnival Pendidikan Peribumi, IPG Kampus Kota Bharu juga telah diamanahkan menjadi urusetia program. Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk melibatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri yang mempunyai sekolah kebangsaan Asli seperti JPN Kelantan, JPN Pahang, JPN Perak, JPN Terengganu, JPN Selangor, JPN Johor dan JPN Negeri Sembilan.
            Agensi lain yang akan dilibatkan sama dalam menjayakan program Karnival Pendidikan Peribumi ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), EMKAY, Pasukan Polis, Jabatan Kesihatan, Pertahanan Awam dan beberapa agensi lain yang akan dibincangkan kelak.


Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA