Selasa, 26 Januari 2016

KAMPUNG PULAU KUNDUR DILANDA OMBAK

            Menjelang waktu maghrib, 25 januari, ombak besar menerjah perumahan kampung kecil di Pantai Mek mas, Pulau Kundur, Kota Bharu.
menjelang masgrib, jabatan materologi meramalkan ombak lebih besar daripada semalam.


Dapur rumah dipenuhi pasir yang dibawa oleh ombak besar.

Tiupan angin kencang  membawa ombak besar.
Subhanallah.

Jumaat, 22 Januari 2016

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PKPP ZON TIMUR 2016


         Mesyuarat PKPP Zon Timur 2016 diadakan di TELLTrac, IPGKDRI Kuala Terengganu pada 21 Januari 2016. Empat IPG terlibat ialah IPGK Kota Bharu, IPGK Sultan Mizan , IPGK Dato' Razali Ismail dan IPGK Tengku Ampuan Afzan.



               Mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan 2  program  bersama  iaitu Program Karnival Pendidikan Peribumi yang akan diadakan di Gua Musang Kelantan dan Program Transformasi Pendidikan Peribumi 2016 yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kiol, Jerantut, Pahang.
              Pada tahun 2016, giliran IPG Kampus Kota Bharu  menjadi urusetia program Transformasi Pendidikan Peribumi. Sekolah Kebangsaan Kiol, Jerantut merupakan satu-satunya sekolah Asli yang berada di bawah PPD Jerantut.
              Dalam melaksanakan Program Karnival Pendidikan Peribumi, IPG Kampus Kota Bharu juga telah diamanahkan menjadi urusetia program. Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk melibatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri yang mempunyai sekolah kebangsaan Asli seperti JPN Kelantan, JPN Pahang, JPN Perak, JPN Terengganu, JPN Selangor, JPN Johor dan JPN Negeri Sembilan.
            Agensi lain yang akan dilibatkan sama dalam menjayakan program Karnival Pendidikan Peribumi ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), EMKAY, Pasukan Polis, Jabatan Kesihatan, Pertahanan Awam dan beberapa agensi lain yang akan dibincangkan kelak.


Selasa, 19 Januari 2016

MESYUARAT PERIBUMI KALI PERTAMA 2016

             Mesyuarat Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi kali pertama 2016 telah diadakan pada 18 Januari 2016. Majlis yang dipegerusikan oleh Tuan Pengarah telah diadakan di Bilik Peribumi IPGKKB. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah, Timbalan Ketua jabatan JPM, En Ishak Ibrahim dan AJK yang telah dilantik  oleh pihak IPG.

           Ucapan tahniah dan penghargaan kepada AJK PKPP yang telah melaksanakan tanggung jawab yang cemerlang pada sesi 2015. Dalam keadaan ekonomi  yang tidak menentu dan peruntukan yang terhad, pada pensyarah terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugas masing-masing.

              Kejayaan PKPP IPGKKB dengan kerjasama Pusat Sumber Tok Kenali telah berjaya memberi nafas baru kepada Perpustakaan Sekolah kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang. Tuan pengarah menaruh harapan agar pada tahun ini, sumbangan untuk memakmurkan perpustakaan di sekolah Asli diteruskan dengan memilih Sekolah Kebangsaan Pos Pulat sebagai lokasi aktiviti.


Sebanyak 13 program telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini. Empat unit  dalam PKPP iaitu Unit Inovasi, unit Penerbitan dan Dokumentasi, Unit Penyelidikan dan Unit Pameran telah mengemukakan perancangan masing-masing.

Ceria. Kumpulan Pensyarah yang rela berkorban untuk menjayakan visi PKPP

Tekun mendengar amanat pengarah





HENDROP MEMBACA