Ahad, 30 Ogos 2015

TABIKA kanak-kanak Keturunan Siam di Tumpat

       Daerah Tumpat merupakan satu daerah yang mempunyai populasi penduduk keturunan Siam yang paling ramai di Kelantan. Dianggarkan terdapat 8000 orang penduduk keturunan Siam yang tinggal di daerah ini. Kami  melawat tiga daripada empat buah TABIKA dalam daerah ini.

         TABIKA-TABIKA yang ada di sini agak unik.  Kanak-kanak TABIKA di Terbok terdiri daripada  kanak-kanak keturunan Siam , Cina dan Melayu. Guru yang mengajar pula ialah guru Melayu. Di TABIKA Jubakar, semua kanak-kanak yang belajar di sini terdiri daripada kanak-kanak Siam, guru yang mengajar pula ialah guru Melayu. Di TABIKA           kanak-kanak yang belajar terdiri dari kanak-kanak Malayu, Cina dan Siam.

En Roslam sedang berinteraksi dengan Yuphaphin, kanak-kanak keturunan Siam yang belajar di TABIKA Terbok.
Kanak-kanak keturunan Siam memperoleh kosa kata bahasa Melayu di tempat belajar
Terdapat tiga kategori penempatan masyarakat Siam di daerah Tumpat. Pertama, keluarga Siam yang tinggal dalam perkampungan yang seratus peratus dihuni oleh keluarga keturunan Siam. Kedua, keluarga Siam yang tinggal dalam perkampungan Melayu dan ketiga, keluarga Siam yang tinggal dalam kawasan perumahan yang sama ramai dengan masyarakaat Melayu dan Cina.
Masyarakat Siam yang tinggal di Kelantan bukan semuanya pendatang dari Thailand, tetapi mereka adalah penduduk tetap yang tinggal di sini. Sanak  saudara mereka tinggal di daerah Pasir Putih, Machang, Bachok dan Utara Terengganu, malahan mereka tidak mempunyai keluarga di Thailand.





Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA