Pusat Perkembangan Pedagogi Peribumi IPG Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu dan jabatan Teknologi Maklumat telah melaksanakan program inovasi untuk murid tahap satu di Sekolah kebangsaan Blau, Gua Musang, Kelantan.
Program yang dilaksanakan adalah untuk membantu guru bahasa Melayu dalam memantapkan sebutan sengauan ny dan ng. Pada mulanya program ini ditujukan kepada murid tahun satu, tetapi kerana murid tahun satu masih belum menguasai KVK, program ditukar kepada murid tahun dua.
Selamat datang ke sekolah Kebangsaan Blau.
Ayahanda (Cikgu Zakaria) mengucapkan selamat datang..
Terima kasih IPGKKB kerana memilih sekolah kami untuk program ini
Tuan Haji Abdul Halim Konting,
pensyarah TMK yang membantu membangunkan bahan inovasi.
sesi taaruf
Melaksanakan demo di dalam bilik mesyuarat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan