Khamis, 19 November 2015

Kumpulan GST mulakan ...Hasil kesepakatan Syawal 1436

              Kumpulan GST, Sekolah Kebangsaan Sungai Ayer Tawar ambilan 1970-1975 berjaya menyantuni murid cemerlang  UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Mawar sesi 2015. Kumpulan GST berjaya mengumpul dana untuk disampaikan kepada murid cemerlang. Kini warga GST ada di seluruh Malaysia.
             Wakil GST menyampaikan sumbangan penghargaan kepada para penerima.
Pak Imam Sahli Hj baharuddin menyampaikan sumbangan bagi pihak GST
Pn Jamaliah Nait turut menyampaikan bagi pihak GST.


Memang hebat wakil GST.
Setaraf dengan  YB Zaki danTok Sidang Hj Sapuan ..
Hikmat  yang Allah berikan kepada kumpulan GST. Wakil di kampung yang cukup hebat.
Tahniah Jam dan Pak Imam.

PROGRAM JIWA MURNI PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI KEBANGSAAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN TOHOI

Sunyi. 
Semua murid Tahap II melawat Kuala Lumpur




Lalua masuk masih berbahaya.
Ancaman Lori besar dan orang besar.
Seminggu lalu, cikgu Faizi terserempak dengan babi tunggal. Besar cik...

Jalan dia punya.


            Pada 18 dan 19 November 2015, Wakil IPGM, Pensyarah dari PKPP Kebangsaan dan PKPP Zon Timur telah mengadakan program Jiwa Murni  ke Pos Tohoi.  IPGKKB diwakili oleh  saya dan Hj Aminuddin mamat, manakala IPGM diwakili oleh En. Mohamad Tahkim Zulkifli.
             Pihak PKPP telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan beberapa kotak pakaian kepada penduduk di Pos Tohoi dan Penad.
           
Hampir 4 bulan. Operassi masih berterusan

Bergambar bersama Cikgu Faizi dan Amir. Waden asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

Pondok Bacaan Zaman Cikgu Mat (Mohd Ariff).
Menyampaikan cenderamata kepada penghulu Zainal.
Jangan panggil saya Tok Batin.


Certa. Batin Zainal
Kalau orang sesat dalam hutan, sudah pasti orang itu akan sedaya upaya mendapatkan bantuan dan menonjolkan diri jika ternampak orang lain,” dakwa Zainal.
“Tetapi dalam kes ini, tujuh kanak-kanak itu melarikan diri. Oleh itu sepanjang fasa pertama berada dalam hutan, mereka akan bersembunyi bagi mengelak dikesan pasukan penyelamat.”
Pada 23 Ogos, tujuh pelajar SK Pos Tohoi dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dimarahi guru kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Setelah 47 hari sesat, Mirsudiar dan Noriess ditemui sangat lemah pada 9 Oktober lalu di celah akar pokok di tebing Sungai Perias.


Tolong sampaikan kepada keluarga mangsa.


Selasa, 3 November 2015

PENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN

         PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI IPGKKB telah mengorak langkah baru dengan  menumpukan kepada pembangunan dan pengaktifan Pusat Sumber Sekolah di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Asli Kelantan.
               
                 Pemilihan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke untuk dilaksanakan program ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut iaitu PSS SK Brooke merupakan sekolah projek khas         Pedagogi Peribumi, prasarana dan persekitaran yang sedia ada masih belum kondusif bagi     melahirkan pelajar yang bermaklumat danminat membaca, PSS SK Pos Brooke adalah bangunan berasingan yang mempunyai pelbagai ruang yang boleh dieksploitasi yang dilihat    berpotensi untuk dimajukan serta memberi dan berkongsi pengalaman bersama GPM dari sekolah-sekolah setempat bagaimana untuk memajukan PSS.

              

Guru Besar SK Pos Brooke, Pn Norhayati Yusuf. Terima kasih kerana memilih SKPB
untuk program Khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah

Pegawai Pendidikan daerah Gua Musang, Tuan Mohd Zahari Othman. Kami mengalu-alukan sumbangan
daripada apihak IPG untuk sama-sama membangunkan pendidikan Sekolah Asli.
Gunakanlah Pusat Sumber ini dengan sebaiknya. Tn Hj Hashim

OBJEKTIF PROGRAM

Hasil daripada  pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini diharapkan akan mencapai  objektif seperti berikut:

i.  Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya   dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
ii.  Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.
iii.  Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Aktiviti Galakan Membaca.
iv.   Meningkatkan prestasi pencapaian  akademik dan kurikulum.


Terima kasih Pn Hasmah daripada SUHAKAM. Sumbangan  buku untuk sekolah Asli

Cenderahati untuk Pn Rosnani daripada JAKOA

Kerjasama membangunkan masyarakat pedalaman 

Wakil Pelajar KEDAP

Anjung Ilmu. Sumbangan Peserta KEDAP



Hebat

Pondok Bacaan Anjung Ilmu



Hasil Pelajar KEDAP sesi 2015


Sabtu, 10 Oktober 2015

MQA LAWAT BILIK PERIBUMI.

                Bilik Peribumi belum siap untuk dilawati. 
On Progress. 22 Oktober 2015
 Galeri Peribumi yang masih dalam proses pembinaan menerima pandangan yang amat positif daripada panel MQA yang mengadakan lawatan ke bilik kami. Pelik. Bilik kami belum bersedia untuk dikunjungi. Pengarah, Tuan Haji Hashim pun belum melihat hasil kerja AJK Peribumi. Ramai warga IPGKKB yang tidak tahu kewujudan Galeri Peribumi di IPGKKB, tetapi ulasan rumusan positif daripada panel MQA benar-benar membuka mata kami untuk merealisasikan galeri yang menggambarkan masyarakat peribumi di Malaysia, khususnya di Kelantan.


Masyarakat Asli Kelantan

Tn Hj Rosely, En. Roslan dan En Wan Zulkifli.


Fakta mengenai adat Masyarakat Asli yang menarik. Perlu didokumentasikan






Banyak perkara yang menarik tentang masyarakat Asli yang masih belum dibongkar,\.
Galeri ni hasil usaha bersama Haji Rosely..(dua dari kiri)
Banyak kerja, banyak usaha,banyak korban ..
masa dan $$$ juga.
Kami membangunkan galeri ini pada awal Ramadhan lepas. Pembantu tukang di import dari Jabi.
Terima kasih juga kepada penyumbang sementara barangan pameran. Nanti kalau tutup galeri, ambil balik lah barang-barang tu...

motto Hj Rosely...
Kalau tak gilo, tak jadi galeri ni


Ahad, 4 Oktober 2015

Bersama Prof Hood dan Prof Ramli di Seminar Pendidikan Peribumi Kebangsaan

               Bersama  Prof Hood selama 2 jam, bercerita mengenai masyarakat Asli di Malaysia, terasa ilmu dan pengalaman mengenai masyarakat Asli yang ada pada saya  terlalu cetek. Beliau telah mengenali masyarakat Asli sejak tahun 60an lagi. Saya baru lahir. Beluai masuk ke Pos Pulat pada tahun 70an lagi. Saya kenal Pos Pulat pada tahun 2007.. itu pun merupakan pengalaman yang terasa amat sukar.

         Hanya orang yang pernah bersama dengan masyarakat ini yang faham apa kehendak mereka.

Jumaat, 18 September 2015

MESYUARAT AJK PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI ZON TIMUR 2015

         Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Timur  (PKPPZT) telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 17 Sept 2015 bertempat di IPGK Kota Bharu. Mesyuarat  dipengerusikan oeh Timbalan Pengarah IPGKKB, YBrs Dr Hj Abdullah Yusof selaku Timbalan Pengerusi PKPPZT.
IPG yang terlibat ialah IPGK Dato Razali Ismaail, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Sultan MIzan dan IPGK Kota Bharu selaku tuan rumah. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil IPGM, En. Mohd Tahkim Zulkifli.

Dari kiri: En. Mohd Tahkim Zulkifli, Hj Mohammad Shamsudin, Dr Hj Abdullah dan Puan Zaleha.

Wakil IPGK Kota Bharu,: Pn Zaleha, Dr Mohd Fadzil dan Dr Mohd Shukri.


Tn Hj Nik Harun menyampaikan laporan aktiviti 2014/2015 dan cadangan program untuk 2016

Wakil IPGKTAA, En. Aminuddin Mohamed, En Norhisyamudin, Wakil IPGK Sultan Mizan Dr Ahamad, wakil IPGK Dato Razali Ismail, En Bahtiar dan Hj Nik Harun Aminurahid.

PN Zaleha mewakili PKPPZT menyampaikan cenderahati kepada wakil IPGM.


Rabu, 16 September 2015

KONVENSYEN PENDIDIKAN 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

IPGKKB turut membentang penyelidikan dalam konvensyen ini. 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang berlangsung selama 3 hari.

Ahad, 13 September 2015

PROGRAM GERBANG ILMU PERIBUMI KELANTAN

Pusat Perkembangan Pedagogi Peribumi  IPGKKB telah memilih Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Gua Musaang sebagai titik permulaan membina budaya ilmu melalui program Gerbang Ilmu Peribumi.




Objektif program ini adalah untuk....

Ahad, 6 September 2015

Ustaz Fadhlin@ Ustaz fadhil selepas 35 tahun.

         Malam jumaat lepas, sewaktu balik ke kampung di Sg Air Tawar sempat ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Aku lewat sampai ke surau,pak bilal dah iqomat. Nampak je ustaz Fadil, aku berdiri di sebelahnya, dia menghulur salam, aku sambut dan cium tangannya. Ustaz fadhil terkejut dan merenung aku...
          "Ana ustaz....". 35 tahun dulu sewaktu ustaz baru balik dari pesanteren di Indon, lepas ngaji ,aku salam  seperti itu. Mungkin ustaz tengok janggutku yang panjang dia terkejut.

             Nasihat yang diberi kepada ahli jemaah mungkin hanya sesuai untuk aku sahaja, sebab yang lain tu semua orang kampung yang tak kenal punch kad dan time rehat:
i.   Berkerja biar amanah, jangan curi tulang
ii.  Jangan suruh member punch kad kalau lambat, kalau lewat datang balik kena lewat juga...
iii. Masa minum cuma setengah jam... ini kerja setengah jam, minum lebih dua jam.

       

Selasa, 1 September 2015

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

          IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah mengadakan seminar penyelidikan Pendidikan Antarabangsa yang turut disertai oleh para pensyarah dari IPTA temapatan dan Universitas Tanjung Pura , Kalimantan.



Ucap utama oleh Prof Norhashimah dari UKM.



Bersama Bapak Parijo, dari Universitas Tanjung Pura.
Ketua Paramuka 




Perasmian oleh Menteri Kebajikan, wanita Sarawak



Membentangkan Kertas Kerja  Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak Siam di Kelantan
    Bersama Dr Parijo dari Universitas Tanjungpura, Pontianak.



HENDROP MEMBACA