Selasa, 3 November 2015

PENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN

         PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI IPGKKB telah mengorak langkah baru dengan  menumpukan kepada pembangunan dan pengaktifan Pusat Sumber Sekolah di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Asli Kelantan.
               
                 Pemilihan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke untuk dilaksanakan program ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut iaitu PSS SK Brooke merupakan sekolah projek khas         Pedagogi Peribumi, prasarana dan persekitaran yang sedia ada masih belum kondusif bagi     melahirkan pelajar yang bermaklumat danminat membaca, PSS SK Pos Brooke adalah bangunan berasingan yang mempunyai pelbagai ruang yang boleh dieksploitasi yang dilihat    berpotensi untuk dimajukan serta memberi dan berkongsi pengalaman bersama GPM dari sekolah-sekolah setempat bagaimana untuk memajukan PSS.

              

Guru Besar SK Pos Brooke, Pn Norhayati Yusuf. Terima kasih kerana memilih SKPB
untuk program Khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah

Pegawai Pendidikan daerah Gua Musang, Tuan Mohd Zahari Othman. Kami mengalu-alukan sumbangan
daripada apihak IPG untuk sama-sama membangunkan pendidikan Sekolah Asli.
Gunakanlah Pusat Sumber ini dengan sebaiknya. Tn Hj Hashim

OBJEKTIF PROGRAM

Hasil daripada  pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini diharapkan akan mencapai  objektif seperti berikut:

i.  Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya   dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
ii.  Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.
iii.  Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Aktiviti Galakan Membaca.
iv.   Meningkatkan prestasi pencapaian  akademik dan kurikulum.


Terima kasih Pn Hasmah daripada SUHAKAM. Sumbangan  buku untuk sekolah Asli

Cenderahati untuk Pn Rosnani daripada JAKOA

Kerjasama membangunkan masyarakat pedalaman 

Wakil Pelajar KEDAP

Anjung Ilmu. Sumbangan Peserta KEDAP



Hebat

Pondok Bacaan Anjung Ilmu



Hasil Pelajar KEDAP sesi 2015


Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA