Malam jumaat lepas, sewaktu balik ke kampung di Sg Air Tawar sempat ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Aku lewat sampai ke surau,pak bilal dah iqomat. Nampak je ustaz Fadil, aku berdiri di sebelahnya, dia menghulur salam, aku sambut dan cium tangannya. Ustaz fadhil terkejut dan merenung aku...
"Ana ustaz....". 35 tahun dulu sewaktu ustaz baru balik dari pesanteren di Indon, lepas ngaji ,aku salam seperti itu. Mungkin ustaz tengok janggutku yang panjang dia terkejut.
Nasihat yang diberi kepada ahli jemaah mungkin hanya sesuai untuk aku sahaja, sebab yang lain tu semua orang kampung yang tak kenal punch kad dan time rehat:
i. Berkerja biar amanah, jangan curi tulang
ii. Jangan suruh member punch kad kalau lambat, kalau lewat datang balik kena lewat juga...
iii. Masa minum cuma setengah jam... ini kerja setengah jam, minum lebih dua jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan