Rabu, 30 Julai 2014

MELAPAH KAMBING CARA JAWA ORI

                     Ngariyo dan Ngaridin membantu Abah melapah kambing cara Jowo. Nampak mudah dan memang mudah bagi mereka berdua. Cara menyempurnakan kambing secara tradisional Jawa ini jarang diketahui oleh masyarakat Jawa baru.
                     Kaedah menyempurnakan kambing secara cukur body memang dapat mengurangkan pembaziran. Sekiranya kambing diurus secara biasa, kulit kambing akan dibuang begitu sahaja. Jarang sekali masyarakat saya memanfaatkan kulit kambing kerana kesukaran untuk menguruskannya.


"Bantal" untuk sembelih kambing
Penggunaan batang pisang sebagai "bantal" pun jarang dibuat oleh masyarakat sekarang. Pusat-pusat penyembelihan dah tak guna batang pisang. Nak timbulkan nostalgia pun pasal, pisang embah jadi masngsa.

Kambing diisi dengan angin sehingga "kembung", selepas itu  disiram dengan air panas secara rata.




Bulu dicukur menggunakan buluh yang di tajamkan seperti "pisau".




Bulu bulu halis dicukur dengan pisau cukur,






Kambing digamtung untuk proses mengnyah bulu dari body kambing,




Proses melapah dilakukan setelah kambing bersih daripada bulu-bulu.




Menu tambahan. Ketupat dengan Jawa, berpisah tiada



Proses yang paling sukar, tetapi kari kepala kambing memang sedap.


Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA