Ngariyo dan Ngaridin membantu Abah melapah kambing cara Jowo. Nampak mudah dan memang mudah bagi mereka berdua. Cara menyempurnakan kambing secara tradisional Jawa ini jarang diketahui oleh masyarakat Jawa baru.
Kaedah menyempurnakan kambing secara cukur body memang dapat mengurangkan pembaziran. Sekiranya kambing diurus secara biasa, kulit kambing akan dibuang begitu sahaja. Jarang sekali masyarakat saya memanfaatkan kulit kambing kerana kesukaran untuk menguruskannya.
|
"Bantal" untuk sembelih kambing |
Penggunaan batang pisang sebagai "bantal" pun jarang dibuat oleh masyarakat sekarang. Pusat-pusat penyembelihan dah tak guna batang pisang. Nak timbulkan nostalgia pun pasal, pisang embah jadi masngsa.
|
Kambing diisi dengan angin sehingga "kembung", selepas itu disiram dengan air panas secara rata. |
Untuk proses mencukur, leher kambing akan diikat dengan tali atau dawai. Angin dimasukkan daripada bahagian kaki kambing. Angin dimasukkan dengan kadar yang sesuai... jangan terlalu kuat. Silap hari boleh pecah.
|
Bulu dicukur menggunakan buluh yang di tajamkan seperti "pisau". |
Buluh yang telah diraut dipegang dengan posisi bengkok. Bahagian yang akan dicukur harus dipastikan telah dicucur atau siram rata dengan air panas. Bulu akan dikikis secara sehala sehingga bulu jatuh ke tanah.,
|
Bulu bulu halis dicukur dengan pisau cukur, |
|
Kambing digamtung untuk proses mengnyah bulu dari body kambing, |
|
Jika perlu, kambing akan dilayur (dinyalakan api) untuk menhilangkan bulu halus, kita tak bakar sebab badan kambing bersih daripada bulu halus. |
|
Proses melapah dilakukan setelah kambing bersih daripada bulu-bulu. |
|
Menu tambahan. Ketupat dengan Jawa, berpisah tiada |
|
Proses yang paling sukar, tetapi kari kepala kambing memang sedap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan