Jaulah adalah lebih daripada sekadar perjalanan fizikal. Jaulah adalah perjalanan hati, fikiran, dan jiwa.
Sejak bersara, dok gi jalang lagi. Dapat ajakan ustaz Him berjaulah ke negeri Bawah Bayu sewaktu beliau menghadiri aqiqah Abdullah Fahim.
flight delay, sampai hotel jam 12.30 pagi.
![]() |
Kota Kinabalu International airport
Bangun seawal jam 4 .30 pagi. Solat subuh di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang . Sempat duduk dalam majlis bersama pelajar tahfiz
Program seterusnya mengunjungi Pejabat Majlis Ugama Islam Sabah.
Majlis dialog bersama Dato' Mala Ali, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah.
Sekolah Agama mula didirikan sekitar tahun 1970an. Guru Agama diambil dari guru Semenanjung terutama dari Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Ada sedikit daripada Selangor dan Johor.
Allahyarham Tun Datu Mustapha turut mengambil guru dari Sumatera dengan bantuan Prof Dr Hamka.
Dr Hamka telah menghantar orang Nahdatul ulama walaupun dia adalah orang Muhammadiyah.
Orang Dusun yang masuk Islam ramai yang menggunakan nama Jawa seperti Surimin, Suratman dan lain-lain kerana mereka diIslamkan oleh orang Jawa NO.
Keunikan Halal hub sambutan positif dalam kalangan orang belum Islam. Umpama dalam majlis perkahwinan bukan Islam, mereka akan mengambil ketering Islam yang ada kalanya terdiri daripada keluarga mereka yang telah masuk Islam.
MUIS memperkenalkan sijil patuh syar'ie bagi pengusaha makanan IKS yang sukar dapat kelulusan Halal dari KKM.
Sabah juga dikenali dengan Sabah Darul Sa'adah, tapi nama ini kurang dipromosikan.
Tahun 70an, murid yang sanggup masuk Sekolah Agama tidak ramai .MUIS telah menggalakkan murid dengan bayaran percuma, malah diberi wang saku demi menarik minat belajar agama.
Selesai kunjungan ke MUIS, rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Usia, bekas gereja yang dibeli oleh Tun Datu Mustapha pada tahun 70an. Panjang cerita tentang pengambilan gereja tersebut.
Selesai solat jumaat, buat kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sabah.
Fiqh Sabahan disesuaikan dengan keadaan dan budaya negeri Bawah Bayu
Isu masyarakat Islam di pedalaman Sabah, banyak persamaan dengan masyarakat pedalaman Kelantan dan Perak. Isu solat Jumaat tak cukup 40 orang, isu murtad, isu guru agama dan lain-lain.
Lepas asar pergi ke Kompleks anak yatim dan asnaf as Sakinah di Kinarut, Papar, Sabah. Kompleks didirikan pada tahun 2011 dengan perbelanjaan infaq daripada orang ramai.
Pengerusi Kompleks adalah kenalan lama sewaktu pengajian di Universiti Malaya tahun 1987/88, Hj Samin hj Ongki.
![]() |
| YDP PUM menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi As Sakinah |
Selesai majlis di Kompleks Sakinah, rombongan bergerak ke Masjid Puncak Taqwa, pekan Kinarut untuk majlis ilmu kuliah maghrib. Kuliah disampaikan oleh ustaz Ibrahim Tahir.
Selesai kuliah, program mengunjungi rumah Dato' SS Mufti Sabah , Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar. Sahabat sepengajian Universiti Malaya keluaran 1988. Banyak kali telah sampai ke Kotra Kinabalu tetapi tidak berkesempatan berziarah
![]() |
| "Asobiyah UM" |
Jazakallah Khairan SS, KJ kari kepala ikan. Balik dari rumah Tok Ppeti dekat jam 12.00 jugok. Letih lebih dari Bina insan guru (BIG)
23 Syaaban 1446
Seawal jam 4 .30 pagi, solat di Masjid Negeri. Pak imam tarik " lagu Jiharkah". Dapat maklumat bahwa pak Imam adalah anak tempatan yang mengaji dipondok Fil Zilalil Quran di Kota Belud. Kali terakhir solat di sini lima @ enam tahun lepas, ikut GP ke Keningau.
Check out hotel terus ke Tuaran.
Singgah di Sekolah Rendah Islam AL Hafiz Tuaran. Jumpa cikgu cikgu, murid cuti-cuti.
Taklimat ringkas yang panjang oleh Mudir, ustaz Hafiz . Selesai program, kami dihidangkan dengan nasi lauk seafood. Makan juga, ambik berkat tok -tok guru.. al maklum, kita geng gout tegar.
Selesai makan tengahari, kami bertolak ke pondok Fizilalil Quran, Kampung Tamu, Kota Belud, Sabah. Kedatangan disambut oleh Mudir Ustaz Zaifudin dan pelajar tahfiz.
Mudir berasal dari Kelantan, buko pondok di pedamam Sabah.
![]() |
| Ustaz Zaifudin adalah guru matematik yang dipostingkan di Sabah dan terus menetap di sana |
Jumlah pelajar seramai 60 lelaki dan 58 perempuan, kesemua dari Sabah
Dr Azhar telah menyampaikan sedikit motivasi kepada pelajar.
Pondok ini mula didirikan pada 1990, tahun itu ramai guru Kelantan # Semenanjung di hantar ke Sabah. Pondok pertama didirikan dalam hutan dan tiada kemudahan infrastruktur.
Dimulai dengan Guru pondok Ustaz Ismail dari Kedah. Pindah ke lokasi baru pada 2010. Para pelajar tinggal di pondok kecil yang didirikan oleh pelajar sendiri.
Pondok yang dibina oleh pelajar . Menurut cikgu Din, bangunan dewan juga didirikan oleh para pelajar yang mempunyai kebolehan dan pertukangan
Dari Kota Belud terus ke Kundasang, program di Mesilau.
![]() |
| Masjid Jamek Kota Belud |
Jam 4.45 pagi turun ke Masjid Jamek Kundasang menaiki van , jauh juga jarak dari hostel.
31 tahun lalu, tahun 1994; pernah solat subuh di sini dengan ustaz Him tohir, bermalam di hotel Perkasa, jalan kaki jer ke bawah.
2011, bersama student GP encik Mazri ke IPG Gaya.
2014, bersama students GP BM, ke IPG Kundasang.
Kuliah subuh disampaikan oleh ustaz Him menyentuh mengenai kehadiran Ramadhan al Mubarak.
![]() |
| Bersama pengerusi Imam dan sebahagian jemaah masjid |
Jam 7.30 bertolak ke Pekan Ranau. Sarapan di Restoran Hasanah. Popular sejak dulu lagi. Sarapan soto.
Destinasi pertama kami pagi ini di Madrasah Rumah Transit Muallaf Sabah di Lohan.
![]() |
| Pelajar muslimah |
![]() |
| Pelajar muslimin |
PUM Terengganu turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah.
![]() |
| Sumbangan daripada Semenanjung |
![]() |
| Pengerusi PUM menyampaikan amanat |
Destinasi seterusnya ialah Madrasah Bayu Syahadah. Terletak lebih 40 kilometer dari Pekan Ranau. Madrasah ini dibangunkan oleh ustaz Nazri Raihan
Tanah seluas 4.2 ekar tempat tapak madrasah diwakafkan oleh encik Johari, bapa mertua ustaz Nazri .
Projek pembangunan bermula pada Jun 2013 dan siap sepenuhnya pada tahun 2015.
Jumlah pelajar tahfiz ialah 17 lelaki dan 12 perempuan . Pelajar datang dari seluruh pelusuk Sabah.
![]() |
| Solat zohor bersama pelajar |
Nk
![]() |
| Encik Johari bapa mertua ustaz Nazri menyampaikan ucapan bagi pihak madrasah |
![]() |
| Guru Agama yang pernah menuntut di pondok Ko'diang, Kedah. |
Menurut encik Johari, pada awal penubuhannya beliau 4 kali ke balai polis kerana disyaki terlibat dengan keganasan hanya kerana hendak membangunkan madrasah di kampong Belo'on.
Kuliah maghrib diadakan di madrasah Maahad Sahadi Dungoi, Ranau.
Tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Salleh
![]() |
| Bersama sebahagian anak-anak madrasah. |
24 February
Solat subuh di masjid Mesilau, Kundasang. Setelah solat subuh diadakan sesi muhasabah diri berkaitan dengan program jaulah tarbiyah Bawah Bayu.
![]() |
| Tazkirah pagi |
![]() |
| Taklimat oleh Ustaz Malik |
![]() |
| Dr. Sarip bin Adul Pengarah Pusat Islam UMS |
![]() |
| Ustaz Anuar Ali sedang memberi taklimat |
![]() |
| Tapak Rumah kebajikan Sayidatina Hafsah |
Ibu
![]() |
| Dr Sarip bin Adul, Pengarah Pusat |
![]() |
































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan