Sabtu, 17 Jun 2023

BAKTISISWA IPG ZON TIMUR 2023 DI SEKOLAH KEBANGSAAN POS HENDROP, LOJING, GUA MUSANG



Pada 12 Jun 2023, kami telah bertolak dari IPGKDRI seawal jam 9.00 pagi ke Sekolah Kebangsaan Hendrop, Gua Musang, Kelantan. Dalam tempoh 6 jam perjalanan ke Pos Hendrop, kami telah berhenti di RNR Gua Musang bagi makan tengah hari dan berhenti solat di Masjid Razaleigh, Gua Musang. Pada jam 3.00 petang kami telah sampai di Sk Hendrop dan telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan sekolah tersebut. Kami dibawa mengelilingi Sk Hendrop dan telah ditunjukkan selok belok bangunan sekolah bagi memudahkan perjalanan sepanjang program ini berlangsung. Program ini dimulakan dengan slot audit solat yang bertempat di dewan Sk Hendrop. Slot ini telah disertai oleh pelajar asrama seramai 40 orang murid. Slot ini bermula selepas solat Maghrib. Fasilitator melakukan demonstrasi pergerakan dalam solat beserta bacaan. Kemudian, murid diminta untuk melakukan amali bersama-sama bagi memantapkan lagi ingatan dan pemahaman mereka.

Tazkirah Tuan Haji Ustaz Sood di Masjid Hendrop






 
Majlis penutup dihadiri oleh dif-dif kehormat daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, pengarah-pengarah dari
Institut Pendidikan Guru, para pensyarah serta para guru dari Sk Hendrop. Dif-dif kehormat
menandatangani kain rentang program sebelum masuk ke dalam dewan. Sewaktu majlis
penutup ini juga, tandatangan memorandum jalinan pendidikan dengan pihak sekolah telah
dilaksanakan serta sesi penyerahan sijil kepada fasilitator dan hadiah kepada pihak sekolah.

HENDROP MEMBACA