Sabtu, 22 Oktober 2022

BENGKEL PERMATA ASLI 2022

 



            Pada 16 hingga 19 Oktober 2022, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
telah menerima pelajar-pelajar Asli Daerah Gua Musang , Kelantan yang akan mendudukii
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Para peserta telah diberi motivasi dan kesedaran menjelang SPM pada tahun ini.Disamping itu, para peserta didedahkan dengan bengkel akademik terutamanya Sejarah dan Bahasa Melayu.


Hari pertama, bagi pelajar Islam, mereka telah diberi program khusus dalam pemantapan fardu ain, manakala pelajar belum Islam diberi bengkel Pendidikan Moral oleh  para pensyarah dan fasilitator terlibat. Bengkel waktu zuhur dan waktu maghrib diisi dengan  pemantapan ibadah oleh pensyarah dan fasilitator yang dilantik dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Islam yang telah mengorbankan masa cuti mereka bersama pelajar Asli. 

    
Pelajar Islam telah diberi cenderahati berupa buku Fardu Ain, Kopiah UAS, Kain Pelikat, Tuala mandi dan Telekong sembahyang. Taklimat kepada peserta Muslim di Pusat Islam Al Muttaqin oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam, Dr Muhd Rusdi Ab Majid. Sumbangan telah diberi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.Dr Muhd Rusdi dalam tazkirahnya menyatakan bahawa pelajar pelajar Islam merupakan Daie muda dan mempunyai peranan besar dalam masyarakat masing-masing.

Program ini diharap merupakan titik awal pembinaan daie muda ini, insyaallah, pihak IPGKDRI, khususnya Jabatan Pendidikan Islam akan terus membantu melahirkan pada daie muda. Para peserta terdiri daripada beberapa peringkat kefahaman Islam, bermula daripada yang enggan membaca sehinggalah kepada tahap boleh menjadi muazin dan imam solat fardhu.Peserta Muslim Bersama cenderahati bengkel berupa kain pulikat, kupiah, buku fardu Ain dan tuala mandi.
    
    Taaruf dan pembicaraan asas fardu ainSlot pertama disampaikan oleh YM Engku Adli, Kaunselor pelajar IPGKDRI. Dalam Latihan dalam kumpulan (LDK) para pelajar dibahagikan beberapa kumpulan berbilangsekolah, namun aktiviti memisahkan pelajar “kurang Berjaya” kerana para pelajar masih tidak
mahu berpisah dengan rakan sekolah yang juga rakan sekampung.Dalam pengisisannya, pelajar diingatkan bahawa mereka semua mempunyai potensi untuk cemerlang.Aktiviti riadah. Permainan bersama guru pelatih.
            Bakat pelajar terserlah dalam permainan, Cuma mungkin perlu di asah lagiHari kedua bermula dengan solat dan tazkirah subuh. Hanya enam pelajar lelaki dan beberapa pelajar perempuan yang mampu turun ke PIAM. Itu pun mujur ada.





Slot akademik pada pagi ke dua disampaikan oleh Encik Hamidi dari jabatan Sains Sosial. Pelajar didedahkan dengan kesedaran sejarah yang memfokus kepada peperiksaan SPM.
Pada petangnya, para pelajar telah dibawa melawat Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Mereka diberi pendedahan tentang peluang kursus dan kerjaya selepas tamat persekolahanWakil Jabatan Pendidikan Kelantan, Encik Bazlan dan wakil PPD Gua Musang, Encik Mohd Azaha turut Bersama mengiringi pelajar ke ILP.Pelajar SMK Seri Wangi, Mohamad Nazril Irfan bin Abdullah telah memberanikan diri untuk memberi ucapan dalam majlis penutupan.. Walau pun pendek dan agak tersekat-sekat, tetapi ini merupakan satu sejarah. Pelajar Asli yang dikatakan “malu” , mampu berucap dalam majlis rasmi seperti ini.
    Wakil JPN Kelantan encik Nik Nazri turut berkongsi maklumat dan memberi amanat kepada para peserta . Bukan mudah untuk mengumpulkan pelajar Asli dalam satu majlis seperti iniDalam sesi refleksi , beberapa cadangan daripada peserta boleh diketengahkan kepada pihak penganjur iaitu pihak Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, JAKOA dan MAIK. Antara cadangan yang diluahkan oleh pelajar adalah seperti berikut;
1. Mohon adakan lagi program seperti ini
2. Tidak cukup masa untuk bengkel.
3. Ada yang berminat dengan subjek selain daripada sejarah dan bahasa Melayu
4. Mohon kakak dan abang fasilitator ke sekolah mereka untuk melaksanakan program
Walau pun cadangan ini biasa-biasa sahaja,tetapi cadangan daripada pelajar Asli mungkin
menjadi “luar biasa”.

Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA