Rabu, 16 Mac 2022

PERASMIAN DATARAN AS SYAMS DI IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA NERUS, TERENGGANU

https://mizwalah.org/mizwlah-ipg-bt-rakit/

                 

  Institut pendidikan guru Kampus Dato'Razali Ismail  (IPGKDRI) telah mengorak langkah membina dataran As Syams yang menempatkan jam Matahari atau Mizwalah bagi tujuan memantapkan pembelajaran siswa Guru di IPG.  Pembinaan Mizwalah di Dataran As Syams adalah sebahagian item yang adalam dalam Galeri warisan Islam yang diwujudkan di IIPGKDRI.

Perasmian Dataran AsSyams disempurnakan oleh Yang Berusaha Dt Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Institusi pendidikan guru Malaysia (IPGM) sempena dengan Majlis Pertandingan Tilawah, Hafazan  Quran Peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Kampus Dato'Razali Ismail.


Perasmian Dataran AsSyams disempurnakan oleh Yang Berusaha Dt Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Institusi pendidikan guru Malaysia (IPGM) sempena dengan Majlis Pertandingan Tilawah, Hafazan  Quran Peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Kampus Dato'Razali Ismail.

Terdapat 2 bahagian utama Mizwalah di Dataran As Syams.

i.    Tongkat Istiwa .Terletak di bahagian utara. Berfungsi sebagai penunjuk waktu solat dengan bayangan tongkat (Istiwa)

ii Jam Matahari Mengufuk. Hujung bayang gnomon akan memberi waktu dan tarikh

      

Ukuran dua kolah dibina di hadapan Pusat Islam Al Muttaqin


Gantang Madinah.

Ukuran isipadu  gantang Madinah ialah 2.4 kilogram

Replika Gantang Madinah dan Mud Madinah diperolehi daripada Majlis Agama Islam Perlis yang telah mendapatkan gantang sebenar daripada al Fadilah alSyeikh Hamid bin Ahmad bin Akram al-Bukhari al-Madani, Madinah Munawarah.

Mud Madinah bersamaam 1/4 gantang Madinah



Gantang Baghdad. Replika Gantang Baghad diperolehi daripada simpanan Majlis Agama Islam Kelantan yang diperolehi daripada Tuan Guru Abdullah Tahir Bunut Payong, Kota Bharu Kelantan. Gantang Baghdad merupakan gantang yang paling popular di negara kita. Majlis Fatwa kebanagsaan telah menjadikan gantang Baghdad sebagai ukuran pembayaran zakat iaitu dengan kadar 2.7 kilogram


        


Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA