Jumaat, 20 September 2019

PROGRAM MAJRA MINDA PULAT 2019

           Pada 17 hingga 19 September 2019, PKPP IPGKKB mengadakan program Majra Minda Pulat di Pos Pulat Gua Musang, Kelantan. Majra Minda Pulat adalah satu program bagi menyantuni masyarakat Asli Pulat dan seterusnya berbincang dan bermuhasabah untuk menanam bibit-bibit ingin maju dalam minda mereka. Program Majra Minda akan mengajak masyarakat untuk  berkolaborasi dengan agensi terpilih bagi membuka sedikit minda mereka agar jurang  pengetahuan dan kemahuan antara masyarakat bandar dan pedalaman dapat dirapatkan.


Objektif

* Menyantuni masyarakat di persekitaran Pos Pulat

* Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat Asli dan pedalaman tentang peranan agensi terpilih di negara kita

* Memberi pendedahan dengan memberi peningkatan kesedaran pendidikan kepada masyarakat

* Memupuk sikap positif semua golongan masyarakat  dalam amalan seharian.

* Memupuk semangat perpaduan dan saling bekerjasama untuk membangunkan minda dan persekitaran

* Membimbing masyarakat khususnya ibu-ibu dan remaja setempat dalam mempelbagaikan aktiviti seharian

      Program telah dirasmikan oleh Senator datuk Isa Abdul Hamid,





















































Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA