Sabtu, 28 September 2019

Kecik barangkali MalaysiaKu. Jumpa Fatimah

                Seperti biasa, sambil berceramah Program Transformasi Minda siri 9, bagi membina repo, Wak bertanya khabar dan menyapa para peserta. Bukan apa.  wak berjalan-jalan bertanya khabar peserta, kebetulan peserta dari Lembah Klang,Selangor.
Cikgu Kugilan adalah penghulu kali ini.
Tanya punya tanya, tertanya cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah mengajar di Subang, kampung dari Sabak Bernam.
"Ayah saya orang sini. Pasir Mas"
" Awak anak Hjh Kamariah?".
Terkedu Cikgu Fatimah dengan pertanyaan Wak.
Cikgu Fatimah adalah anak cikgu Matematik wak di sekolah dulu.
Cikgu Kassim. Al Fatihah buat guru ku.  
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

 Arwah cikgu Kassim yang menjadi guru kelas wlas wak masa tingkatan 4. Dia  bertanya pasal cita-citaku, untuk di tulis dalam buku rekod.

 "Shamsudin, apa cita-cita awak?".  "Tak tau cikgu": Jawabku.
"Jadi cikgu boleh?". ..
    Masin mulut guru wak. Masa bertugas di YADIM, bonda wak suruh minta wak jadi cikgu...

   Alhamdulillah, 30 tahun dah jadi cikgu.
Cikgu Fatimah.

Jumaat, 20 September 2019

PROGRAM MAJRA MINDA PULAT 2019

           Pada 17 hingga 19 September 2019, PKPP IPGKKB mengadakan program Majra Minda Pulat di Pos Pulat Gua Musang, Kelantan. Majra Minda Pulat adalah satu program bagi menyantuni masyarakat Asli Pulat dan seterusnya berbincang dan bermuhasabah untuk menanam bibit-bibit ingin maju dalam minda mereka. Program Majra Minda akan mengajak masyarakat untuk  berkolaborasi dengan agensi terpilih bagi membuka sedikit minda mereka agar jurang  pengetahuan dan kemahuan antara masyarakat bandar dan pedalaman dapat dirapatkan.


Objektif

* Menyantuni masyarakat di persekitaran Pos Pulat

* Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat Asli dan pedalaman tentang peranan agensi terpilih di negara kita

* Memberi pendedahan dengan memberi peningkatan kesedaran pendidikan kepada masyarakat

* Memupuk sikap positif semua golongan masyarakat  dalam amalan seharian.

* Memupuk semangat perpaduan dan saling bekerjasama untuk membangunkan minda dan persekitaran

* Membimbing masyarakat khususnya ibu-ibu dan remaja setempat dalam mempelbagaikan aktiviti seharian

      Program telah dirasmikan oleh Senator datuk Isa Abdul Hamid,





















































Isnin, 9 September 2019

Mesyuarat program Majra Minda Pulat

3 sept lalu, mesyuarat di SK Pulat.
Mesyuarat dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan. Antara yang hadir wakil Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Penerangan, JAHEIK, KESEDAR, JAKOA, Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak sekolah. 

     Mesyuarat membincangkan tentang pelaksanaan program yang akan dilaksanakan pada 17-19 September 2019. 


          Ajah dan Yaya ikut menyibukkkk....ikottt



HENDROP MEMBACA