Selesai menyelia, cikgu Hj Basir membawa ke kantin. Berceritalah kami kisah dan
sejarah perkhidmatan….
Tersentuh tentang khidmat di pulau Borneo.
“Saya tak pernah berkhidmat di sana, tetapi ramai kawan di
Sabah. Sorang tu tak balik semenanjung.”
Dipendekkan cerita, “ Kawan kat mana?” Tanya wak.
“Pedalaman sabah, dah jadi orang Sabah punnn”..
“Pedalaman mana…” Tanya Wak
“Pedalaman Sandakan..”
“Namanya siapa?” Tanya Wak. Macam penyiasat pulak?
“Zahirudin. Orang Terengganu” Jawab Hj Basir.
“ Kejap!”. Wak buka blog Jawajabi dan menunjukkan wajah
cikgu Zahirudin di Sekolah kebangsaan Labuk Subur, Sandakan.
“Ini?”. Tanya Wak
“Ya. Inilah kawan masa ngaji di Maktab Perguruan Tengku Ampuan
Afzan awal 90an dulu”..
…………………Masyaallah. Kecilnya bumi ku………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan