Jumaat, 30 Ogos 2019

Kecilnya bumiku Malaysia. Khadijah

             Bertanya khabar dan menyapa para peserta bukan saatu yang rugi. Seusai memberi ceramah, wak berjalan-jalan bertanya khabar peserta, kebetulan peserta dari Selangor. Khadijah (Kalau tak silap) menyatakan dia dari Sungai Besar. Ayah dulu duduk di Parit Baru.
"Anak siapa?".
"Abdul Razak Hamim....."
"Oh. Kawan wak  tu, masa muda-muda dulu. Kirim salam pada ayah, ayah cikgu tu kawan masa muda dulu. Oppp. Rupanya wak dah tua"
Cikgu Khadijah. Tudung biru di belakang.

Masih Ada lagi INTAN....

       Program Transformasi Minda telah masuk ke sesi ke 6. Ramai lah bekasan guru pelatih yang turut menjadi peserta di IPGKKB.


          Dalam ramai-ramai peserta, Ustaz Haris adalah satu-satunya bekas guru pelatih yang mencari sifu-sifunya.

Moga ustaz Haris jadi pendidik yang hebat.

Kecilnya bumi Malaysia. Kawanmu kawanku jua.


     
Minggu ini wak bertemu dengan pembimbing Siti NurAishah di Sekolah kebangsaan Kota Jembal.
Selesai menyelia, cikgu Hj Basir membawa ke kantin. Berceritalah kami kisah dan sejarah perkhidmatan….
Tersentuh tentang khidmat di pulau Borneo.
“Saya tak pernah berkhidmat di sana, tetapi ramai kawan di Sabah. Sorang tu tak balik semenanjung.”
Dipendekkan cerita, “ Kawan kat mana?” Tanya  wak.
“Pedalaman sabah, dah jadi orang Sabah punnn”..
“Pedalaman mana…” Tanya Wak
“Pedalaman Sandakan..”
“Namanya siapa?”  Tanya Wak. Macam penyiasat pulak?
“Zahirudin. Orang Terengganu” Jawab Hj Basir.
“ Kejap!”. Wak buka blog Jawajabi dan menunjukkan wajah cikgu Zahirudin di Sekolah kebangsaan Labuk Subur, Sandakan.
“Ini?”. Tanya Wak
“Ya. Inilah kawan masa ngaji di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan awal 90an dulu”..
…………………Masyaallah. Kecilnya bumi ku………..


HENDROP MEMBACA