Rabu, 10 Julai 2019

Laporan Mahabah Aidil Fitri Balar 1440 Hijrah


LAPORAN AKTIVITI MAHABAH AIDIL FITRI BALAR 1440 H

            Pada  1 hingga 4 julai 2019, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu  dengan Kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan (KDRM), Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan(JAKOA), Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah Berjaya mengadakan program Mahabah Aidil Fitri di perkampungan Asli Balar Gua Musang.

1 Julai 2019
            Perjalanan bermula dari Kota Bharu (IPGKKB dan JKDM)  kira-kira jam 7.30 pagi dan  perserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus bahasa Melayu bertolak seawal jam 5.00 pagi. Peserta berkumpul di Masjid Faiz Petra Gua Musang pada waktu zuhor dan bergerak seawal jam 2.00 petang.


Konvoi bergerak dengan 5 buah kenderaan yang membawa 17 orang peserta. Konvoi selamat sampai di Sekolah Kebangsaan Balar pada jam 5.30 petang. Sampai di sekolah kami memunggah barangan keperluan termasuk 160 kampit beras yang akan diagihkan kepada para penduduk kampong.
Memunggah 160 kampit beras 5 KG yang akan diagih kepada apenduduk kampong terpilih.

Aktiviti  pertama pada malam itu ialah mesyuarat penyelarasan oleh peserta  dan guru sekolah.

2 Julai 2019
            Solat subuh berjemaah dilakukan di surau sekolah dan tazkirah subuh disampaikan oleh Tuan Haji Shamsudin. Selepas sarapan pagi, peserta  berhimpun untuk sesi taklimat murid.  Sesi Motirama dikendalikan oleh En Zulkifli jusoh.
Aktiviti guru berlaku di Makmal Komputer dengan pengisian oleh Tuan haji Lokman A Wahid. Beliau menyampaikan ceramah dan bengkel berkenaan Pendidikan Terbeza.  Dalam perkongsian bersama para guru di SK Balar, Haji Lokman telah berkongsi tentang pedagogi yang harus disesuaikan dengaan persekitaran murid yang mereka ajar.


 Program didik hibur untuk murid dikendalikan oleh  Tn Hj Rosely Mustapha dan Tn Hj
Aminuddin Mamat.

Aktiviti petang dijalankan di pdang sekolah dan sekitar perkampungan Balar. Aktiviti murid dan kanak-kanak  ialah sukaneka tiup belon dan berlari berpasukan.






Acara lain ialah lari dalam guni, rebut kerusi dan menyumpit. Ibu bapa memberi kerjasama yang amat baik disepanjang program berlangsung

Pada sebelah malam, peserta telah dapat bermesra dengan pendudukan kampong di masjid dengan pengisian bertaaruf dan sedikit tazkirah tentang kewajipan solat oleh Tuan haji Shamsudin.
  
Selepas penyampaian tazkirah, para hadirin yang terdiri daaripada 38 bapa dan 48 orang murid telah menerima duit raya sebanyak RM 10 seorang. Duit raya ini difahamkan adalah sumbangan MAIK untuk penduduk Islam perkampungan Balar.

Pada malam keterkahir, majlis penutup telah diadakaan di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa  adalah diluar dugaan. Dalam mesyuarat awal, pihak sekolah menganggarkan kehadiran sekitar 200 orang, tetapi berdasarkan kepada persiapan makan malam dengan 400 keping pinggan pun tidak mencukupi, maka dianggarkan kehadiran lebih daripada 500 orang.
Alhamdulullah, program dapat dijalankan dengan lancer dan semua peserta kembali ke destinasi masing-masing dengan selamat.




           

Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA