Ahad, 24 November 2019

Tinggal dulu IPGKKB.


         "Mana jauh KDRI dengan KB":  Ayat Hj Hashim yang popular ketika menyapa wak. So, surat ini tidak lah jadi kejutan. Terima kasih IPGKKB.

              Ropenya, doa pn Dayang (Staf BPG masa temuduga pada 2004) tak makbul.

"wooooo. banyak sekolah you nagaja, you ni kaki bantai ke?. ha--ha,,ha..ha,,. I hope IPKB it's your last station". Masih terngiang ngiang gurauan puan Dayang  bila melihat sejarah perkhidmatan wak.


                                    Mana jauh KB dengan KDRI. tak cekap nk jawab bilo saing sobat dok tanyo smace. Tanyalah wak google di bawah.
melalui lebih 20 lampu isyarat

rezeki tempat baru ni......
 Wak google bagi info, 73 KM. Tapi meter wak tunjuk 70 KM , ikut short cut Kpg bahagia.


Selamat datang ke IPGKDRI 
Disambut oleh Dr Azman, pengarah IPGKDRI, Hj Rashid, bakal Pengarah IPGKKB dan Hj Wan Zaidi KUKP. 



Rabu, 20 November 2019

Ke Terengganu jua....

          Surat keluar heboh sekampung.




            Mana jauh dari rumah?. Jap, wak nak tanya wak google.




dua-dua jauh...cuma dekat di hati jer



          Baru wak sedar, rupanya ramai yang nak ambik tahu hal wak...😀

       

GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM SJKC

GP PAI SJKC adalah antara kumpulan yang paling aktif dalam khidmat masyarakat IPGKKB.
Antara yang pernah di ikuti ialah Program Mahabah di Pos Permai, Pos Hendrop, Pos Tuel di Gua Musang Kelantan. Diluar perak  mereka pernah mengikuti program IPGKKB di Royal Belum dan Pos Bawong, di SungaiSiput Perak.

Pesanan kepada anak-anak agar belajar bahasan dan budaya Cina. Tak rugi. 
Moga kalian Sukses


 

Khamis, 24 Oktober 2019

BENGKEL PELAPORAN BIMBINGAN BERFOKUS DTP 2019

           Pada 22 hingga 24 Oktober 2019, IPGKKB telah terlibat dalam pelaporan Bimbingan Berfokus PPD Gua Musang di IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

En Sheikh Roslam membentangkan pelaporan bimbingan Bahasa Melayu

Peserta bengkel IPGKKB






Isnin, 14 Oktober 2019

INGAT DULU-DULU BERSAMA TOK TOK BATIN

 



KERETA ROSAK DI POS LEBIR


TERBENAM DI LINGGI


LORI BALAK ROSAK DI PASIK


POKOK TUMBANG DI TOHOI


KPLI DI NENGIRI

MENYORONG KETINTING DI LONG SAIT, ULU BARAM, SARAWAK


MENUJU POS SUNGAI TIANG, ROYAL BELUM, GERIK PERAK




ANAK BATIN KUALA KOH, TAMAN NEGARA



BATIN HAMDAN
POK NOR LEBIR


PENGHULU RAHMAT, TOHOI, GUA MUSANG, KELANTAN




BATIN KIM, TEKIR, NEGERI SEMBILAN



PIBG, LONG LAMEI, HULU BARAM, SARAWAK


BATIN POS TAMAN NEGARA KUALA KOH, KELANTAN

SUNGAI KEJAR, ROYAL BELUM, GERIK, PERAK




GUA PERALING, GUA MUSANG, KELANTAN



POS GOB, GUA MUSANG, KELANTAN


USTAZ ANUAR PERMAI








Sabtu, 28 September 2019

Kecik barangkali MalaysiaKu. Jumpa Fatimah

                Seperti biasa, sambil berceramah Program Transformasi Minda siri 9, bagi membina repo, Wak bertanya khabar dan menyapa para peserta. Bukan apa.  wak berjalan-jalan bertanya khabar peserta, kebetulan peserta dari Lembah Klang,Selangor.
Cikgu Kugilan adalah penghulu kali ini.
Tanya punya tanya, tertanya cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah mengajar di Subang, kampung dari Sabak Bernam.
"Ayah saya orang sini. Pasir Mas"
" Awak anak Hjh Kamariah?".
Terkedu Cikgu Fatimah dengan pertanyaan Wak.
Cikgu Fatimah adalah anak cikgu Matematik wak di sekolah dulu.
Cikgu Kassim. Al Fatihah buat guru ku.  
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

 Arwah cikgu Kassim yang menjadi guru kelas wlas wak masa tingkatan 4. Dia  bertanya pasal cita-citaku, untuk di tulis dalam buku rekod.

 "Shamsudin, apa cita-cita awak?".  "Tak tau cikgu": Jawabku.
"Jadi cikgu boleh?". ..
    Masin mulut guru wak. Masa bertugas di YADIM, bonda wak suruh minta wak jadi cikgu...

   Alhamdulillah, 30 tahun dah jadi cikgu.
Cikgu Fatimah.

Jumaat, 20 September 2019

PROGRAM MAJRA MINDA PULAT 2019

           Pada 17 hingga 19 September 2019, PKPP IPGKKB mengadakan program Majra Minda Pulat di Pos Pulat Gua Musang, Kelantan. Majra Minda Pulat adalah satu program bagi menyantuni masyarakat Asli Pulat dan seterusnya berbincang dan bermuhasabah untuk menanam bibit-bibit ingin maju dalam minda mereka. Program Majra Minda akan mengajak masyarakat untuk  berkolaborasi dengan agensi terpilih bagi membuka sedikit minda mereka agar jurang  pengetahuan dan kemahuan antara masyarakat bandar dan pedalaman dapat dirapatkan.


Objektif

* Menyantuni masyarakat di persekitaran Pos Pulat

* Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat Asli dan pedalaman tentang peranan agensi terpilih di negara kita

* Memberi pendedahan dengan memberi peningkatan kesedaran pendidikan kepada masyarakat

* Memupuk sikap positif semua golongan masyarakat  dalam amalan seharian.

* Memupuk semangat perpaduan dan saling bekerjasama untuk membangunkan minda dan persekitaran

* Membimbing masyarakat khususnya ibu-ibu dan remaja setempat dalam mempelbagaikan aktiviti seharian

      Program telah dirasmikan oleh Senator datuk Isa Abdul Hamid,





















































HENDROP MEMBACA