Khamis, 29 Mac 2018

Mahabbah Tohoi 2018

Pada 26-28 Mac 2018, IPGKKB dengan kerjasama SukarelawanMalaysia, MRA, KAKOA, MAIK,JAKIM dan JPN Kelantan telah menganjurkan Mahabah Tohoi 18.

Peristiwa “hitam” di perkampungan Pos Tohoi tiga tahun lalu masih segar dalam kalangan masyarakat  Malaysia. SukarelawanMalaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Kota Bharu (IPGKKB), Malaysia Relief Agency (MRA), pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Institut teknoligi Mara (UiTM), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JAKIM dan  MAIK telah berganding bahu mengadakan program Mahabah Tohoi 2018.
Program selama tiga hari dua malam  yang telah dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Kelantan, Encik Hashim bin Alang Abdul Hamid yang mewakili Yang Berhormat Senator Datuk Isa Abd Hamid mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penduduk setempat.

Dengan teriakan visi " TOHOI Nombor Satu" kepada  murid dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Tohoi telah memberi satu suntikan baharu kepada masyarakat  untuk bangun membina diri dan keluarga seterusnya masyarakat Tohoi agar setanding dengan  kelompok lain yang lebih maju.
Program diisi dengan berbagai aktiviti yang melibatkan pemimpin masyarakat setempat dan warga sekolah. Antara pengisian program ialah bengkel Fatihah dan Audit Solat, Perkhidmatan dan pemeriksaaan kesihatan dengan kerjasama MRA, Pendidikan Abad ke 21, bengkel penampilan diri untuk ibu-ibu, slot kebersihan dan penjagaan diri untuk bapa-bapa, sukaneka dan bengkel pembangunan ekonomi keluarga.
Program didik hibur turut diadakan bagi murid sekolah yang rata-rata amat meminati hiburan dalam pelajaran.
Masyarakat ibubapa Tohoi mempunyai visi yang jelas dalam pendidikan. Ini terbukti apabila dalam program melibatkan ibubapa, mereka sanggup meninggalkan kerja seharian demi untuk mengambil manfaat dengan kehadiran kumpulan MahabahTohoi.
Gabungan SukarelawanMalaysia dan MRA serta penglibatan aktif IPGKKB dalam aktiviti berkenaan telah memeriahkan program.

Dr Alifah Mohd Zizi dari MRA  yang bertugas sebagai Pakar Sakit Puan Di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu sangat teruja dengan kesedaran masyarakat di sini terhadap kepentingan penjagaan  kesihatan.

 Sambutan masyarakat tempatan amat positif dan kesedaran tentang penjagaan diri seharian.
Berbeza dengan suasana  sepuluh tahun lalu,  kanak-kanak seolah-olah takut dengan pasukan perubatan tetapi kini kanak-kanak berani untuk  berinteraksi dengan pasukan perubatan



Cik Che Nurdienatul Sofina bt Che Mahadi (22), pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan rasa bangga kerana dipilih untuk menyertai program ini.

Tragedi Tohoi pada 2015 yang pernah menggemparkan tanah air. Program seperti ini seharusnya dijadikan salah satu program wajib dalam kalangan pelajar IPT kerana program turun padang seperti ini memberi manfaat yang besar kepada peserta.
Bagi Che Normadiha bt Zakaria (23) pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM menyatakan : "program Mahabah Tohoi merupakan satu peluang keemasan kepada saya untuk mempraktikan ilmu yang saya pelajari selma ini. Menaburi bakti dalam kalangan murid dan masyarakat Asli amat bermakna kerana peluang seperti ini jarang boleh diperolehi oleh mahasiswa seperti kami".
Tuan haji Mohammad shamsudin  Jamiran selaku penyelaras mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang dihulurkan. Dalam era kekurangan budget masih ada pihak NGO yang sanggup membantu menjayakan progrram ini.

















Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA