Rabu, 17 Mei 2017

MENCUNGKIL GEMALAH 2

          12 Mei 2017, Cikgu Wan Rosli SK Chetok memberi maklumat tentang cikgu Hasan Karim Gemalah. Nama cikgu Hasan Karim telah lama saya dengar, cuma tak ada rezeki nak jumpa. Setelah selesai sesi rakaman mengenai pengalaman di sekolah Asli bersama cikgu Wan Rosli, saya menuju ke rumah cikgu Hasan Karim di Chica Tinggi. Pernah masuk ke kampung ni. Melawat arwah isteri arwah cikgu Azman. Mengingat arwah cikgu Azman, saya teringat bagaimana  arwah isterinya meninggal dunia ketika arwah cikgu Azman bersama guru-guru KAP berkursus di Mega Hotel, Miri. Al fatihah. Allahuma fir lahum war hamhum.

         Cerita mengenai sekolah Gemalah yang saya dengar daripada cikgu Hasan karim tidak banyak berbeza dengan kisah cikgu Hasan Yaakob. 
           Bezanya cikgu Hasan Karim pernah  pergi ke sekolah menaiki helikopter melalui Perlop, Sungai Siput, Perak.












Menaiki helikopter melalui Pos Perlop, Sungai Siput Utara, Perak.
Landasan dibuat oleh orang kampung menggunakan buloh




Bekalan makanan dibekalkan oleh TUDM






Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA