Jumaat, 14 April 2017

PROGRAM MENYEMAI BUDI MENYUBUR MINDA DI SUNGAI SIPUT (U).

Perkampungan Sertik, Sungai Siput(u).
            Program Menyemai Budi Menyubur Minda ialah satu program yang menggalakan keterlibatan dan kerjasama masyarakat setempat, para guru, agensi kerajaan berhampiran dan pelajar dalam meningkatkan kesedaran pendidikan dan seterusnya menanamkan rasa kebersamaan serta kecintaan dalam membangunkan Malaysia tercinta.
                 Selaku agensi yang berfungsi sebagai institusi yang melahirkan warga pendidik, IPGKKB dengan gabungan pengalaman dan kepakaran dalam meningkatkan kesedaran pendidikan masyarakat Peribumi Malaysia, pihak kami terpanggil untuk menjadi perantara dalam membina kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat setempat dan seterusnya dapat menjana pembentukan sebuah sekolah menengah pelajar Asli pertama yang berjaya, matang dan mampu melahirkan modal insan yang setaraf dengan sekolah cemerlang arus perdana. 
Peserta  program bersama VIP dari PPD Kuala Kangsar, Perpustakaan Negara Malaysia, Pn Norizan dari JAKOA Perak, Pengetua SMK Bawong .


Persiapan dari IPGKKB
Ke mana? Ke sini lah
Objektif Program


 Membantu dalam meningkatkan prestasi akademik khusus dalam kemahiran membaca dan bertutur dalam bahasa Melayu dan asas bahasa Inggeris.
  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Pusat Sumber Sekolah dan budaya membaca bagi meningkatkan pencapaian akademik.
  Memberi kesedaran kepada warga pendidik mengenai kepentingan perpaduan untuk membangunkan komuniti khusnya dalam bidang pendidikan. 
 Melahirkan kesefahaman dan sikap tolenransi dalam kalangan warga pendidik dengan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan.
  Menanam minat dan dapat mengaplikasikan ICT dalam pendidikan.
Bersama Tuan Hj Anuar Mamat. Pengetua. Orang Batu Buruk Terengganu.
Perhimpunan Pagi. Cikgu Mohd Noor, GPK Akademik mewakili  pengetua.
Barisan pensyarah dan guru
Wakil IPGKKB. Kenaapa kami datang ke SMK Bawong.... Rezeki.
Let’s have fun with English
Motivasi Tingkatan 2. Bersama Hj Mohd Zin Yusoff. Kaunselor IPGKKB

Asas Komputer
Pelajar Asli  berpotensi, cuma perlu bimbingan berterusan.

Terima kasih para kaunselor atas sokongan kepada  program  IPGKKB

Haji Norizan. Catering import dari IPGKKB.  Khidmat yang terbilang

Dr Meriam bersama kaunselor PPD Kuala Kangsar



Bersama guru dan murid Sekolah Kebangsaan Pos Legap





Ibu-ibu sedang berurusaan dengan Pakistani yang menjual kain dan pakaian. Bayar dua kali.







Menyampaikan sumbangan dari penyumbang


En Shahril menghulurkan sumbangan pakaian.
Malam bersama pelajar  SMK Bawong








En Shahril dan "Kak Yam" dalam sesi kaunseling.






Nak atur lagu mano? 


Penyampaian sijil kepada pegerusi Kaunselor PPD Kuala kangsar




Kanak-kanak di Pos Legap. Ceria dan berani untuk berinteraksi dengan masyarakat luar




Artis  SMK Bawong



En Hazizi, Pegawai penerangan PNM



Moral support.




E'lok kenaq hak.

Di hadapan asrama SK Pos Legap

Bai Pakistan menjual kain. "kalau dia tak mari, tak pakai kayin la kite"

Menyampaikan hadiah daripada  penyumbang

Dr Ros menyampaikan cenderamata kepada wakil ibu-ibu.

Tanda ukhwah

Santai

aktiviti santai waktu petang

Tok Batin/Penghulu mengadakan mesyuarat untuk majlis tahunan

En Shahril membuat demotrasi membuat labu sayong

Santai di Muzium Sultan Azlan

Masjid Darul Ridzuan

Jeti Dataran Kuala kangsar

Selamat datang ke Sekolah kebangsaan Kg Kenang, Sungai Siput(u).


Temu bual bersama-sama guru-guru SK Kenang. Rakan sekerja kepada Hafiz ...Pn Kanti mathi







Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA