Program Meranduk Minda
Banun telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Banun, Grik, Perak. Komuniti ini dipilih kerana
satu-satunya sekolah yang ada di sini iaitu, Sekolah Kebangsaan Banun masih berada dalam tahap Band 7 mengikut
ukuran pencapaian pendidikan. Band 7 merupakan band yang paling rendah dalam
skala penilaian pendidikan. Pencapaian ini telah mendatangkan keresahan kepada
semua pihak, baik pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Guru-guru, komuniti
setempat khususnya para ibu bapa dan murid terlibat.
Matlamat program ini adalah untuk menyelami
pemikiran masyarakat setempat agar sedar peri pentingnya perubahan melalui
pendidikan dalam era tranformasi terkini dalam hasrat membentuk dan melahirkan
satu masyarakat yang harmoni, berilmu pendidikan, memiliki jiwa dan peribadi
yang unggul, bersifat patriotik dan mampu menghadapi cabaran semasa.
Antara objektif program ini adalah untuk;
Memberi kesedaran
kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan untuk membangunkan keluarga
Melahirkan
kesefahaman dan sikap tolenransi dalam
kalangan warga pendidikan dengan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan
prestasi pendidikan.
• Membantu pihak
sekolah dalam meningkatkan prestassi akademik agar setara dengan sekolah arus
perdana.
• Mewujudkan sikap
kerjasama, tolong menolong, bantu membantu dalam suasana harmoni secara
sukarela, terancang dan terarah
• Memberi kesedaran
kepada masyarakat mengenai kepentingan perpaduan untuk membangunkan komuniti khusnya dalam bidang pendidikan.
Menyantuni penduduk Pulau Tujuh. Terletak kira-kira 20 kilometer ke dalam Banun. |
Perkampungan Semelor. Memenangi kampung Asli terbersih |
Semelor |
Didik hibur bersama Hj Rosely dan Pn Nor Zana |
Kaedah cepat baca oleh En Ibrahim |
Motivasi Ibu bapa oleh Hj Zin |
Tip ibu bapa cemerlang |
Taklimat untuk VIP. Tn Hj Mat Lazim (pengarah JPN Perak), YB Senator Isa Abd Hamid, Hj Hashim Deraman, En Alim (PIBG) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan