Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik. "ArRum:042". Sebarang teguran dan pembetulan kepada fakta amat dialualukan..
Rabu, 16 November 2016
MENYEMAI BUDI BAKTI PERIBUMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LAH GUA MUSANG 2016
Pada 14 hingga 16 November 2016 seramai 19 guru pelatih IPGKKB menyertai program Menyemai Budi Bakti Peribumi di SK Kuala Lah.
LAWATAN BERMAKLUMAT DAN BENGKEL PROFESIONAL DI UNIVERSITAS MALANG, INDONESIA
Dalam sesi pertama, pihak IPG bertemu dan berkolaborasi dengan Rektor dan beberapa orang pensyarah dari Universiti Makasar, Universiti Mindanao dan Universiti dari Australia. Majlis turut disertai oleh wakil UNESCO yang mengajar secara sukarela di Timur Timur.
Pn Zaleha menyerahkan cenderamata kepada Bapak Rektor UM |
Kolaborasi bersama Bapak Prof Dr Bambang Budi di Fakultas Ilmu Pendidikan UM |
Rombongan diraikan dalam makan malam di Batavia Cafe oleh Bapak Budi. |
Bersama dosen UM ,pensyarah Universiti Mindanao dan Universitas Mekasar |
Majlis perasmian. dan ucaputama oleh Wakil Menteri Pendidikan Indonesia |
....." Masih ada masalah guru;
tidak hadir ke sekolah, hadir ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas,
masuk ke kelas tetapi tidak mengajar..."
Makan malam bersama dosen UM |
Bersama Dr Zainal dari Universiti Mindanao Lawatan ke Batu dan Surabaya |
Ladang epal di Batu, Malang |
Pesanteren Tiban Turen |
Pesanteren Tiban |
Masjid Tiban Turen |
Sarapan susu segar + madu + jahe |
Bayar dengan uang PAS... |
Makan tengahari dengan ikan Bandeng |
Ziarah makam Wali Songo pertama, Imam Malik Ibrahim |
Pasar "Arab" di Masjid Sunan Ampel |
Pasar Kurma di masjid Ampel |
Masjid Sunan Ampel Surabaya |
Penyanyi Jalanan ketika Macet |
Makan Malam di Al Hamra |
MERANDUK MINDA PERIBUMI BANUN
Program Meranduk Minda
Banun telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Banun, Grik, Perak. Komuniti ini dipilih kerana
satu-satunya sekolah yang ada di sini iaitu, Sekolah Kebangsaan Banun masih berada dalam tahap Band 7 mengikut
ukuran pencapaian pendidikan. Band 7 merupakan band yang paling rendah dalam
skala penilaian pendidikan. Pencapaian ini telah mendatangkan keresahan kepada
semua pihak, baik pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Guru-guru, komuniti
setempat khususnya para ibu bapa dan murid terlibat.
Matlamat program ini adalah untuk menyelami
pemikiran masyarakat setempat agar sedar peri pentingnya perubahan melalui
pendidikan dalam era tranformasi terkini dalam hasrat membentuk dan melahirkan
satu masyarakat yang harmoni, berilmu pendidikan, memiliki jiwa dan peribadi
yang unggul, bersifat patriotik dan mampu menghadapi cabaran semasa.
Antara objektif program ini adalah untuk;
Memberi kesedaran
kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan untuk membangunkan keluarga
Melahirkan
kesefahaman dan sikap tolenransi dalam
kalangan warga pendidikan dengan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan
prestasi pendidikan.
• Membantu pihak
sekolah dalam meningkatkan prestassi akademik agar setara dengan sekolah arus
perdana.
• Mewujudkan sikap
kerjasama, tolong menolong, bantu membantu dalam suasana harmoni secara
sukarela, terancang dan terarah
• Memberi kesedaran
kepada masyarakat mengenai kepentingan perpaduan untuk membangunkan komuniti khusnya dalam bidang pendidikan.
Menyantuni penduduk Pulau Tujuh. Terletak kira-kira 20 kilometer ke dalam Banun. |
Perkampungan Semelor. Memenangi kampung Asli terbersih |
Semelor |
Didik hibur bersama Hj Rosely dan Pn Nor Zana |
Kaedah cepat baca oleh En Ibrahim |
Motivasi Ibu bapa oleh Hj Zin |
Tip ibu bapa cemerlang |
Taklimat untuk VIP. Tn Hj Mat Lazim (pengarah JPN Perak), YB Senator Isa Abd Hamid, Hj Hashim Deraman, En Alim (PIBG) |
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Sebuah sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Tasik Banding, Royal Belum, Grik , Perak di bina di Pos Sungai Kejar. Mur...
-
Kali pertama kursus di INTAN Bukit Kiara. Ramai yang tidak tahu akan kelebihan berkursus di sini. Dah maghrib baru nak kursus....