Khamis, 19 November 2015

Kumpulan GST mulakan ...Hasil kesepakatan Syawal 1436

              Kumpulan GST, Sekolah Kebangsaan Sungai Ayer Tawar ambilan 1970-1975 berjaya menyantuni murid cemerlang  UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Mawar sesi 2015. Kumpulan GST berjaya mengumpul dana untuk disampaikan kepada murid cemerlang. Kini warga GST ada di seluruh Malaysia.
             Wakil GST menyampaikan sumbangan penghargaan kepada para penerima.
Pak Imam Sahli Hj baharuddin menyampaikan sumbangan bagi pihak GST
Pn Jamaliah Nait turut menyampaikan bagi pihak GST.


Memang hebat wakil GST.
Setaraf dengan  YB Zaki danTok Sidang Hj Sapuan ..
Hikmat  yang Allah berikan kepada kumpulan GST. Wakil di kampung yang cukup hebat.
Tahniah Jam dan Pak Imam.

PROGRAM JIWA MURNI PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI KEBANGSAAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN TOHOI

Sunyi. 
Semua murid Tahap II melawat Kuala Lumpur




Lalua masuk masih berbahaya.
Ancaman Lori besar dan orang besar.
Seminggu lalu, cikgu Faizi terserempak dengan babi tunggal. Besar cik...

Jalan dia punya.


            Pada 18 dan 19 November 2015, Wakil IPGM, Pensyarah dari PKPP Kebangsaan dan PKPP Zon Timur telah mengadakan program Jiwa Murni  ke Pos Tohoi.  IPGKKB diwakili oleh  saya dan Hj Aminuddin mamat, manakala IPGM diwakili oleh En. Mohamad Tahkim Zulkifli.
             Pihak PKPP telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan beberapa kotak pakaian kepada penduduk di Pos Tohoi dan Penad.
           
Hampir 4 bulan. Operassi masih berterusan

Bergambar bersama Cikgu Faizi dan Amir. Waden asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

Pondok Bacaan Zaman Cikgu Mat (Mohd Ariff).
Menyampaikan cenderamata kepada penghulu Zainal.
Jangan panggil saya Tok Batin.


Certa. Batin Zainal
Kalau orang sesat dalam hutan, sudah pasti orang itu akan sedaya upaya mendapatkan bantuan dan menonjolkan diri jika ternampak orang lain,” dakwa Zainal.
“Tetapi dalam kes ini, tujuh kanak-kanak itu melarikan diri. Oleh itu sepanjang fasa pertama berada dalam hutan, mereka akan bersembunyi bagi mengelak dikesan pasukan penyelamat.”
Pada 23 Ogos, tujuh pelajar SK Pos Tohoi dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dimarahi guru kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Setelah 47 hari sesat, Mirsudiar dan Noriess ditemui sangat lemah pada 9 Oktober lalu di celah akar pokok di tebing Sungai Perias.


Tolong sampaikan kepada keluarga mangsa.


Selasa, 3 November 2015

PENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN

         PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI IPGKKB telah mengorak langkah baru dengan  menumpukan kepada pembangunan dan pengaktifan Pusat Sumber Sekolah di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Asli Kelantan.
               
                 Pemilihan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke untuk dilaksanakan program ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut iaitu PSS SK Brooke merupakan sekolah projek khas         Pedagogi Peribumi, prasarana dan persekitaran yang sedia ada masih belum kondusif bagi     melahirkan pelajar yang bermaklumat danminat membaca, PSS SK Pos Brooke adalah bangunan berasingan yang mempunyai pelbagai ruang yang boleh dieksploitasi yang dilihat    berpotensi untuk dimajukan serta memberi dan berkongsi pengalaman bersama GPM dari sekolah-sekolah setempat bagaimana untuk memajukan PSS.

              

Guru Besar SK Pos Brooke, Pn Norhayati Yusuf. Terima kasih kerana memilih SKPB
untuk program Khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah

Pegawai Pendidikan daerah Gua Musang, Tuan Mohd Zahari Othman. Kami mengalu-alukan sumbangan
daripada apihak IPG untuk sama-sama membangunkan pendidikan Sekolah Asli.
Gunakanlah Pusat Sumber ini dengan sebaiknya. Tn Hj Hashim

OBJEKTIF PROGRAM

Hasil daripada  pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini diharapkan akan mencapai  objektif seperti berikut:

i.  Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya   dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
ii.  Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.
iii.  Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Aktiviti Galakan Membaca.
iv.   Meningkatkan prestasi pencapaian  akademik dan kurikulum.


Terima kasih Pn Hasmah daripada SUHAKAM. Sumbangan  buku untuk sekolah Asli

Cenderahati untuk Pn Rosnani daripada JAKOA

Kerjasama membangunkan masyarakat pedalaman 

Wakil Pelajar KEDAP

Anjung Ilmu. Sumbangan Peserta KEDAP



Hebat

Pondok Bacaan Anjung Ilmu



Hasil Pelajar KEDAP sesi 2015


HENDROP MEMBACA