Jumaat, 18 September 2015

MESYUARAT AJK PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI ZON TIMUR 2015

         Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Timur  (PKPPZT) telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 17 Sept 2015 bertempat di IPGK Kota Bharu. Mesyuarat  dipengerusikan oeh Timbalan Pengarah IPGKKB, YBrs Dr Hj Abdullah Yusof selaku Timbalan Pengerusi PKPPZT.
IPG yang terlibat ialah IPGK Dato Razali Ismaail, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Sultan MIzan dan IPGK Kota Bharu selaku tuan rumah. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil IPGM, En. Mohd Tahkim Zulkifli.

Dari kiri: En. Mohd Tahkim Zulkifli, Hj Mohammad Shamsudin, Dr Hj Abdullah dan Puan Zaleha.

Wakil IPGK Kota Bharu,: Pn Zaleha, Dr Mohd Fadzil dan Dr Mohd Shukri.


Tn Hj Nik Harun menyampaikan laporan aktiviti 2014/2015 dan cadangan program untuk 2016

Wakil IPGKTAA, En. Aminuddin Mohamed, En Norhisyamudin, Wakil IPGK Sultan Mizan Dr Ahamad, wakil IPGK Dato Razali Ismail, En Bahtiar dan Hj Nik Harun Aminurahid.

PN Zaleha mewakili PKPPZT menyampaikan cenderahati kepada wakil IPGM.


Rabu, 16 September 2015

KONVENSYEN PENDIDIKAN 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

IPGKKB turut membentang penyelidikan dalam konvensyen ini. 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang berlangsung selama 3 hari.

Ahad, 13 September 2015

PROGRAM GERBANG ILMU PERIBUMI KELANTAN

Pusat Perkembangan Pedagogi Peribumi  IPGKKB telah memilih Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Gua Musaang sebagai titik permulaan membina budaya ilmu melalui program Gerbang Ilmu Peribumi.




Objektif program ini adalah untuk....

Ahad, 6 September 2015

Ustaz Fadhlin@ Ustaz fadhil selepas 35 tahun.

         Malam jumaat lepas, sewaktu balik ke kampung di Sg Air Tawar sempat ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Aku lewat sampai ke surau,pak bilal dah iqomat. Nampak je ustaz Fadil, aku berdiri di sebelahnya, dia menghulur salam, aku sambut dan cium tangannya. Ustaz fadhil terkejut dan merenung aku...
          "Ana ustaz....". 35 tahun dulu sewaktu ustaz baru balik dari pesanteren di Indon, lepas ngaji ,aku salam  seperti itu. Mungkin ustaz tengok janggutku yang panjang dia terkejut.

             Nasihat yang diberi kepada ahli jemaah mungkin hanya sesuai untuk aku sahaja, sebab yang lain tu semua orang kampung yang tak kenal punch kad dan time rehat:
i.   Berkerja biar amanah, jangan curi tulang
ii.  Jangan suruh member punch kad kalau lambat, kalau lewat datang balik kena lewat juga...
iii. Masa minum cuma setengah jam... ini kerja setengah jam, minum lebih dua jam.

       

Selasa, 1 September 2015

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

          IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah mengadakan seminar penyelidikan Pendidikan Antarabangsa yang turut disertai oleh para pensyarah dari IPTA temapatan dan Universitas Tanjung Pura , Kalimantan.



Ucap utama oleh Prof Norhashimah dari UKM.



Bersama Bapak Parijo, dari Universitas Tanjung Pura.
Ketua Paramuka 




Perasmian oleh Menteri Kebajikan, wanita Sarawak



Membentangkan Kertas Kerja  Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak Siam di Kelantan
    Bersama Dr Parijo dari Universitas Tanjungpura, Pontianak.



HENDROP MEMBACA