Sekolah Kebangsan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan telah dipilih sebagai lokasi untuk program Gerbang Ilmu Peribumi Kelantan. Dalam fasa satu pelaksanaaannya, seramai 13 orang pensyarah dan 11 guru pelatih PPISMP BM SJKC terlibat dalam menjayakan program ini.
Program 3 hari 2 malam dipenuhi dengan aktiviti membersih, menyusun semula dan mengubahsuai perpustakaan, bilik alat pandang dengar, bilik alat bantu mengajar dan bilik inkubator peribumi.
|
Guru Pelatih mengemas rak buku yang tidak terurus |
|
GP bersama staf praktikum PSS Tok Kenali mengisih buku-buku sebelum disusun semula ke dalam rak |
|
"Minah"... membantu menceriakan laluan ke Pusat Sumber |
|
"Jom ke Pusat Sumber"... jejak bertapak ke pusat sumber |
|
En Anwar Hamat membimbing guru pelatih membina mural |
|
Menceriakan tandas |
Untuk sudut kreatif, krew PSS yang diketuai oleh En Hasrimi telah mengambil batu-batu di Sungai Rengil. Jarak dari Pos Brooke dalam 7 kilometer. Naik Hilux En Isa, 15 orang satu Hilux.
Program Fasa II bersama Guru Pelatih PA SJKC sem 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan