Rabu, 7 Januari 2015

SEJARAH BANJIR BESAR. Bersumberkan maklumat penduduk kampung di Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.




Saya berminat untuk mengetahui cerita banjir besar Kelantan 2014 daripada penduduk setempat. Masa tingkatan enam dulu, rasanya saya belajar tentang cerita rakyat dan atau serita lisan. Sumber fresh dari ladang.
   
                Di Kampung Kundur, Gua Musang, antara kawasan penempatan Melayu teratas selain Kg panggung Lalat dan Kuala Betis di sungai Galas menceritakan;
Pada tahun 1980an, berdasarkan usia anaknya, saya menganggarkan pada tahun 1986 atau 1987, berlaku banjir besar juga yang menghanyutkan rumahnya di tepi Sungai Galas. Cuma tidak setinggi banjir ini. Rumah hanyut, Pak Da (Arwah Suaminya) bergayut di pokok selama 3hari 2 malam. Tetapi masaa tu tak geger serupo hari ni. (tak kecoh sebab :....tak ada sinar harian, tak ada Astro Awani, tak ada TV3....)
                 Menurut cerita orang dahulu lagi.. ada tok pek tua (Orang China tua) di Batu Papan memberitahu, zaman dulu-dulu, lama sebelum Jepun, ada air banyak, air naik tinggi seluruh Musang tenggelam.

                 Di Kemubu, banjir yang menghanyutkan jambatan keretapi saya menemui Abe Sayuti, rumahnya yang baru siap, berhampiran stesyen keretapi,Tak sempat duduk lagi.
                 Semasa banjir besar pada 1967, air setakat menenggelamkan rel ketapi. Kira-kira sekaki dalamnya... tetapi banjir kali ini menenggelamkan  seluruh Kemubu. Hanya 4 buah rumah yang selamat. Zaman Tok Kito dulu...zaman belum Jepun lagi, pernah berlaku banjir seperti ini. Banjir dahulu tinggi, tetapi airnya jernih dan tiada sampah atau balak.
                 Saya tanya, tok se pindoh ko?.. Tak. Saya akan terus duduk sini, banjir besaar pun bukan tiap tahun.
               
Rumah Abe Sayuti di tepi sungai.

            Di Jelawang, saya bertemu Abe Din. Duduk di kampung pada tahun 1980.
            Di Kampung Sokor, Tanah Merah, saya bertemu  Abe Zin. Duduk di sana pada  1960.
            Di laloh, berhampiran Lata Rek..

       

Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA