Khamis, 15 Mei 2014

LAWATAN PEMERIKSAAN PENEMPATAN GURU BAHARU
DI SEKOLAH ASLI GUA MUSANG.


Program bersama BPSH, IAB dan IPGKTAA diadakan di  Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, SK Tohoi dan SK Bihai.

           IPGKKB dan IPGKTAA terlibat dalam program ini. Objektif program adalah untuk melihat dan berkongsi maklumat mengenai prestasi guru-guru baharu yang dipostingkan di sekolah Asli. Daripada tiga buah sekolah yang dilawati, kesemua guru baharu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugasan. Dua orang guru baharu telah diberi kepercayaan untuk mengajar tahun 6. Berbanding dengan guru baharu di kawasan luar, sama ada di bandar atau di luar bandar, mereka hanya diberi tugas mengajar di kelas-kelas yang bukan kelas peperiksaan.


Bersama Guru Besar SK Kuala Betis. Lima orang guru baharu ditempatkan di sekolah ini.
Tiga orang mengajar Tahap satu dan dua orang mengajar Tahun 6.






Cikgu Sains terpaksa mengajar Pendidikan Islam di SK Tohoi kerana tidak cukup GPI

Hidangan Istimewa dari Gua Musang


Cikgu Sulaiman (Bekas GP IPGKKB) mengajar Tahun 6 di SK Bihai.
Buku Rekod mengajar... Baru dapat hari ni encik.


Latih tubi murid tahun 6

Murid aktif, kehadiran baik, tetapi mengapa masih gagal menguasai kemahiran 2M.


Mesyuarat dan perbincangan bersama guru-guru SK Bihai. 
"Saya nak tanya cikgu, siapa bagi kebenaran memulakan kelas pada pukul 10.00 pagi  hari Ahad". En Suhaimi BPSH.


Bersama memikirkan masa depan murid Asli di SK Bihai.



Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA