Sabtu, 28 September 2013

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA BUDAYA PERIBUMI KE LUBUK ANTU, SARAWAK.

         Guru Pelatih Asli IPGKKB telah menyertai program Transformasi Minda Budaya ke Perkampungan Nanga Tebat, Lubuk Antu, Sarawak. Program selama seminggu disertai oleh 4 orang guru pelatih Asli. Program ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk melihat budaya  masyarakat pedalaman di Sarawak.

Peserta program bergambar di KLIA sebelum bertolak ke Kuching. Peserta program terdiri daripada Pengarah IPGKKB, Tuan Haji Hashim Deraman dan tiga orang pensyarah iaitu Tuan Haji Mohammad Shamsudin, Dr Muhammad Fadhil dan  En Mohd Hasbi. Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah menghantar  En Asri Jusoh (Pegawai Pendidikan JAKOA Kelantan) untuk menyertai program tersebut. Guru pelatih terdiri daripada Cik Nur Naela, Saudara Raymond, Saudara Rizal dan Cik Rohaida.


Selamat datang ke Bumi Kenyalang. Sayang Sarawak sungainya sempit.


Lawatan GP ke Regatta di Water Front Kuching. Cik Nina Naela (Pn NurNina Naela) bersama pelajar IPGKTAR .


Dari tempat menginap di IPGKTAR, kami menaiki bas ke Lubuk Antu selama 5 jam menuju ke pengkalan bot di Lubuk Antu.


Dari pengkalan, kami menaiki perahu panjang yang boleh memuatkan 6 atau 7 orang untuk menuju ke Sekolah Kebangsaan Nanga Tebat



Mengharungi sungai yang berarus deras. Perjalanan yang mencabar dan menyeronokkan. Kami agak beruntung kerana "air besar". Hujan malam tadi memudahkan perjalanan kami kerana paras air yang tinggi tidak menghalang perjalanan. Sekiranya musim kemarau, perjalanan mungkin akan tersekat kerana banyak laluan cetek.

Selamat datang cikgu. Barisan murid SK Nanga Tebat menanti kehadiran kami. Murid terdiri daripada suku kaum Iban yang tinggal di kawassan berhampiran. Jarak tempat tinggal antara 1 hingga 2 jam perjalanan menaiki perahu.


Selamat datang ke SK Nanga Tebat. Disambut oleh 52 murid SKNT


 Masak lauk tengahari dalam buluh. Ayam atau ikan dimasukkan ke dalam buluh dan buluh dibakar sehingga makanan masak.
 Guru besar Sekolah Kebangsaan Nanga Tebat. 
Bangga dengan kehadiran rombongan daripada IPGK Tun Razak dan IPGK Kota Bharu. 


Tuan Haji Hashim , Pengarah IPGKKB menyampaikan ucapan.
Selamat datng ke SK Nanga Engtalau.
Dari Sekolah nanga Tebat, rombong terus menyusuri ke hulu sungai Tebat selama lebih kurang dua jam untuk sampai ke Nanga Engtalau. Perjalanan agak mencabar.



Kami suka ke sekolah


Pengarah IPGKKB bertemu bual dengan guru SKNE


Mempengerusikan majlis di SK Nanga Engtalau.

Guru muda.  Penempatan pada Julai 2013. Jumpa  Cikgu Fatimah, asal dari Tebuk Harun, sabak Bernam. Ex student SUA 2003.



Selamat dating ke rumah panjang.


Bersama guru P2 di SK Nanga Engtalau.


Bermalam di pinggirsungai. satu pengalaman yang berharga. Waktu malam terdapat perahu yang lalu lalang  melalui depan khemah. Perahu dikemudi tanpa lampu.

Hujan lebat. Air yang banyak memudahkan pergerakka kami kesekolah di kawasan ulu. Sekiranya air cetek, kami terpaksa turun dari perahu dan menolak perahu.
Tuai rumah berucap dengan perantaraan juru bahasa. Kurang fasih berbahasa Malaysia.

Kehadiran kami disambut oleh penghuni rumah panjang.

Tetamu diarak dengan iringan muzik dan muzik tradisional


Ikan sungai yang telah siap untuk dimasak dalam buluh.



Kelas pemulihan. GP Nita, mengetuai gabungan guru pelatih IPGKKB & IPGKTAR  dalam sesi P&P.

GP Rizal diperkenalkan kepada murid.

Pengarah IPGKKB sedang berbual dengan murid tahun tiga. Walau pun tinggal di kawasan pedalaman, murid murid di SKNE tidak kekok untuk berbual dengan orang luar.
Luka  tersayap sembilu
Jeti Nanga Merit ke Tebat
Rehat dalam perjalanan ke Nanga Engtalau
Penginapan berbintang-bintang
Bersama En Asri, Pegawai Pendidikan JAKOA Kelantan
Hj Hashim menyantuni budaya "Pahlawan Iban"
Bersama Tuai rumah Nanga Tebat
Di Ladang Lada Hitam
Sidang akbar bersama RTM Sarawak

Diana. Penuh keyakinan menyatakan visi masahadapannya.






















Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA