Selasa, 22 Januari 2013

PRAKTIKUM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI GUA MUSANG

Pelancaran Guru Praktikum di Sekolah Kebangsaan Asli Kelantan

Gua Musang:
          Pada 21 Januari lalu, Pengarah IPGKKB telah menyerahkan 31 GP kepada guru besar di sekolah Asli Gua Musang dan Jeli. Program ini merupakan program rintis dalam menempatkan GP PISMP di sekolah Asli. Sebelum ini hanya guru JQAF dan Guru pemulihan sahaja yang ditempatkan di SK Asli. Pelancaran diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Lah Gua Musang.

                   Sebelum program ini dilaksanakan, beberapa mesyuarat penyelarasan telah dilakukan. Program bermula di Pejabat Pendidikan Gua Musang dengan taklimat  kepada guru besar dan pegawai PPD Gua Musang.

               Latihan praktikum adalah satu perkara biasa, yang menjadikan ia luarbiasa apabila praktikum inio dilaksanakan di sekolah kebangsaan Asli yang terletak jauh di pedalaman Kelantan.


Guru Pelatih bergambar bersma PPD Gua Musang, Pensyarah dan guru besar SK Asli Gua Musang
Pegawai PPD Gua Musang, En Mohd Zahari Othman menyampaikan amanatnya
Taklimat oleh  Penyelia Sekolah Rendah, Tuan Hj Ariffin

En Hassan Bedolah, Guru Besar SK Kuala Lah. Tempatpelancaran program


Program pelancaran dan penyerahan guru praktikum dilaksanakan  di SK Kuala Lah. Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, En Zahari.
Amanat.

Bersama guru besar SK Asli Gua Musang


Muzik sewang oleh pelajar KEDAP

Persembahan sewang


Cikgu Mohd Arif. GB SK Tohoi






Rabiatul Adawiyah Bt Ahmad. Praktikum di SK Brooke

GB SK Hendrop. Cikgu Mohamad


Bergambar bersama Timbalan Pengarah JPN Kelantan, Pengarah IPGTAA, IPGKSM, Pensyarah dan Guru Besar




           

Tiada ulasan:

HENDROP MEMBACA