Bulan depan nak siapkan laporan KEDAP. Nak bentang depan menteri. Laporan dari Gua Musang belum siap. Pagi tu nak masuk ke SK Tohoi, En Bad kata, kelas berlaku pada waktu malam. Wak bersama cik Amin Lipis dan cik Bad PPD bertolak ke sekolah sebelum maghrib. Alhamdulillaah, cuaca baik. Hilux boleh masuk tanpa masalah.
Malam tu kami buat penilaian. Berek. Kehadiran penuh. Kami keluar dari Tohoi kira-kira jam 10.30 malam, sampai di hotel Goa jam 12.00 tengah malam. Cik Bad ajak minum, tapi.....minum esok aje la.
Esok nya GB tanya, tubik pukul brapo, wak jawab: sampai sini pukul 12.00. Mengucap panjang dia. Beraninya .... Entahlah . Apa maksud berani tu.
TEKIR OH TEKIR
Malam tu duk di Empress hotel nak kumpul data, Negeri Sembilan tak ada maklumat. Mahu tak mahu, kami empat orang, Abang Rahim (JPN Perak) , En. Amin Lipis, en Suhaimi BPSH bertolak ke perkampungan Tekir. Dia kata dekat jah. sorang pun tak tahu lokasi Tekir, cuma dia kata, dekat.
Amin yang baca GPS telah menyesatkan kami ke Enstak. Tanya pok guard. dia pun tunjuk jalan secara manual. lalu bawah highway. Dekat jam 10 baru sampai ke Sekolah Kebangsaan Tekir, Nilai, Negeri Sembilan.
Pok guard tutup pintu. Gi la jupe Tok Batin. |
Betandang ke rumah Tok Batin Satri. Suspen juga nak pergi jupe tok batin malam-malam ni. Mujur Pok Guard sekolah sanggup jadi guide.
Batin Satri menyambut kehadiran boss kami. |
Ringkas cerita cik Mi menerangkan kehadiran untuk dapat data KEDAP. Hebat punya tok batin. Tak sampai setengah jam dah boleh kumpul murid KEDAP.
Maka bermulalah ujian KEDAP malam tu.
Kami balik ke hotel kira-kira jam 1.00 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan