OUT REACH ULU BARAM NOV 2009
Bertolak dari Hotel Dynsty, Miri menaiki Hilux jam 7.00 pagi.
Saya berpeluang untuk mengikuti rombongan Out Reach ke Ulu Baram.
Ramai juga yang pergi, tak pasti jumlahnya. Yang saya ingat dari IPG, Nazir, Buku Teks, Kewangan, TV3, Kem Pembangunan Wanita, SUHAKAM dan JPN Sarawak. Taklimat perjalanan disampaikan oleh JPN Sarawak di Dynasty Hotel, Miri.
Beta Balak di Lapok, dalam perjalanan ke Long Bedian
..melalui berpuluh-puluh jambatan yang merentasi sungai. Semua sungai lebar blako. Gerun wehh. |
Rehat. Tak ingat kali ke berapa. Lenguh naik Hilux 9 jam. Tiap kali berhenti,..jauh lagi ke encik.
Berhenti sekejap di perkampungan. Tempah ketinting untuk ke long Sait luso. Di sini sempat beli golok terpakai dan makan durian ulu Baram. |
jambatan ke seterusnya..
Rehat lagi
Sampai di pengkalan di Long Bedian, kira-kira jam 5.00 petang, bawa turun bekalan untuk ke Long Lamei.
Berjalan kaki untuk menaiki ketinting menuju Long Lamei. Turun menaiki ketinting. Jeti belum ada lagi bang. cepat sikit tuan, kitak sudah lewat. Nanti sampai sana malam.
Jeram yang menggerunkan. Tapi, pilot kata" relak tuan...tak ada apa-apa". Hari mulai gelap. Tengok kepada batu yang tajam sepanjang bersampan, gerun.Encik, tangan jangan letak di tepi sampang, nanti luka.
Meredah sungai menjelang waktu maghrib. Berjalan menyusuri sungai pada waktu malam tanpa menggunakan lampu, cuma berpandukan sedikit cahaya perahu mampu menyusuri sungai yang penuh batu-batu dan jeram.
Masuk waktu maghrib baru sampai di Long Lamei. Bertolak dari Miri tadi selepas solat subuh.
Sekolah pada waktu malam. Suasana yang sejuk di kaki pergunungan
Jeti menuju perkampungan Long Lamei. Ya Allah, ada sekolah di sini. Jeti un tuk pengangkutan air dan tempat kanak-kanak mandi |
Rumah guru. jejaka dari Semenanjung. Elaun P3 $1500. Dia kata, tak padan..
Murid-murid Penan. Semua berpakaian baru, jadi tak pasti bagaimana pakaian sebenar mereka. Murid Penan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris broken.. |
Murid Penan mudah didekati dan peramah. Mereka mudah diajak berbual dan mampu memberi respon kepada soalan yang dikemukakan |
En Abdul Jalil (IPGKTI) sedang menjalankan proram bersama murid SK LL. |
Pn Jaimah (IPGKPMM) memberi taklimat sebelum menjalankan program bersama ibu bapa
Khusuk mendengar taklimat
Murid Penan di kawasan ini bersih dan berdisiplin. Tidak seperti yang digambarkan |
Dialog Kuala Lumpur-Ulu Baram. Tolong sampaikan kepada pak Menteri, kami mahu anak kami dididik sebagaimana murid Kuala Lumpur.
Dialog Kuala Lumpur-Ulu Baram
"Mengapa sebelum ini, generasi awal diajar oleh "orang Putih", kami boleh membaca dan mengira, tetapi sekarang anak-anak kami sudah 6 tahun di sekolah tidak boleh menguasai 3M?"
Bahan kraf tangan hasil tempatan. Halus. harganya hampir sama @ mahal sikit daripada harga di Miri. Dulu masa meeting di Mega Hotel dah beli dua tiga buah. |
Epal pun sampai ke sini. Selalu ke? Wallu alam |
Bakat dan Budaya
Harapan
Warga dapur. Import dari Miri dan tempatan. Tukang masak muslim.
Dawai Lakau. Guru besar SKLL, cikgu Renly Gau .
Tahun 2008, kami bertemu di Merdeka Palace Hotel Kuching. Dia ajak saya ke SK Long Lamei.
Jauh, encik, ..dari Kuching naik pesawat ke Miri, dari Miri naik Hilux 9 jam kemudian naik sampan 3 jam,
Saya jawab: Inshaallah, nanti saya sampai. Rupanya Allah mengkabulkan doa saya, setahun kemudian saya sampai ke sekolah cikgu Renly. Saya bermalam di rumah cikgu Renly 2 malam bersama Hj Sazali IPGIpoh
Dawai Lakau. Good Bye
Bersedia untuk membawa deligasi keluar. Dari sini nak ke SK Long Sait pulok. Naik Hilux 2 jam, naik sampan 3 jam. Amik kau.
Timbalan: Selamat tinggal
Meneruskan perjalanan ke SK Long Sait.
Jeram lagi.
Laluan sempit yang berbatu tajam. Baru nampak. Malam semalam tak nampak sebab gelap.
Selamat...
Melalui jalan balak , Jinggo kata lebioh kurang 380 km dari Miri
Jambatan besi....banyak. Suspen juga bila lalu
Banyak lagi hutan....
Naik ketinting ke Long Lamei.
Pengkalan ketinting. Di sinilah murid yang tinggal di asrama mandi.
Ada buaya tak? Tak tahu.
Murid harapan SK LL
Dialog bersama ibu bapa di SKLL
Kanak-kanak Penan
Murid SKLL.
Murid KEDAP. Sudah pandai membaca. Ibu bapa di sini pandai bertutur dalam bahasa Inggeris.
Demo membuat sumpit daripada kayu berlian. Tradisi yang sukar untuk diwariskan.
Kena buat ran. Pakaian mesti ori.
Alat muzik dari buluh di Long Sait.
Kakak ni pernah hilang dihutan selama seminggu. Kisahnya,sekolah cuti di Long Lama, dia nak balik. kawan-kawan semua dah balik. Tanya dia, duduk hutan tak takut ke? Tidak takut. Itu semua kampung kita.
Saya tanya pak cik yang mencari setelah seminggu tak balik. ..Senang aja kita boleh tau jalan-jalan yang betul, yang biasa orang lalu dan jalan-jalan yang sesat. Kita cari ramai-ramai.
Kraf tangan mereka halus. Tapi harga sikit mahal.
Tak boleh nak bawa... AirAsia charge lebih.
Tarian tradisional Penan di Long Lamei
Nyaman sekali pagi di Long Lamei.
Membasuh pinhggan di pengkalan
Selamat Tinggal Long Lamei. Dawai Lakau
Berjalan kaki ke SK Long Sait setelah letih naik Hilux dan naik ketinting.
Selamat datang ke Long Sait.
Masa kami ke sini air surut, so kami kena berjalan kaki hampir 2 kilometer dari ketinting. Lalu tepi sungai, menyeberangi anak-anak sungai dengan titi 2 batang. Aduhhhai.
Disambuit dengan tariazn tradisi
Malam budaya Penan
Makanan tradisi pedalaman Baram
Dalam daun tu ada nasi. Tepi dapur tu ramai anjing. OK jer.
Senaman pagi anak-anak
Senaman pagi emak-emak
Selamat tinggal Long Sait.
Selamat tinggal Long Sait. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan