Sabtu, 22 Disember 2012

TESL 2 bawa Literasi bahasa ke SEKOLAH KEBANGSAAN POS BROOKE

     Pada 17 hingga 19 Sept 2012 yang lalu,  guru pelatih PIMP TESL 2 ambilan Jan 2012 telah melaksanakan program Bengkel Pengaplikasian Literasi Bahasa di SK Brooke, Gua Musang. 

    Program 3 hari 2 malam disertai oleh 26 guru pelatih. Objektif program adalah untuk mempraktikkan pelbagai jenis bahasa kepada myrid sekolah Asli di pedalaman.

Program ini juga menjadi medan untuk membina jatidiri bakal guru yang akan mengajar di pedalaman kelak.





Peserta bersama Guru Besar Cikgu Adnan, GPK Cikgu Megat Kamaruddin, guru-guru dan pensyarah

Khidmat bantu




Sesi PdP


Ziarah adik-adik di Pos Brooke Lama

Motivasi


Senam pagi











Ladang Teh Tanah Tinggi

Kampong Brooke Lama

Jambatan gantung ke Brooke Lama



Khamis, 20 Disember 2012

MAJLIS PERTEMUAN  PELAJAR IPTA DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY


20-21 Disember 2012

Majlis permuafakatan antara IPTA dan pelajar di BGRC. Wakil IPG dari IPG Kampus Kota Bharu. Tuan Seikh dan Saya wakil IPG. Banyak perkara baru yang kami baru tahu.


Khamis, 6 Disember 2012

Pemantauan KEDAP waktu malam : TEKIR & TOHOI

                    TOHOI OI TOHOI               

Bulan depan nak siapkan laporan KEDAP. Nak bentang depan menteri.  Laporan dari Gua Musang belum siap. Pagi tu nak masuk ke SK Tohoi, En Bad kata, kelas berlaku pada waktu malam. Wak bersama cik Amin Lipis dan cik Bad PPD bertolak ke sekolah sebelum maghrib. Alhamdulillaah, cuaca baik. Hilux boleh masuk tanpa masalah.

            Malam tu kami buat penilaian. Berek. Kehadiran penuh. Kami keluar dari Tohoi kira-kira jam 10.30 malam, sampai di hotel Goa jam 12.00 tengah malam. Cik Bad ajak minum, tapi.....minum esok aje la.

          Esok nya GB tanya, tubik pukul brapo, wak jawab: sampai sini pukul 12.00. Mengucap panjang dia. Beraninya .... Entahlah . Apa maksud berani tu.






             TEKIR OH TEKIR

                Malam tu duk di Empress hotel nak kumpul data, Negeri Sembilan tak ada maklumat. Mahu tak mahu, kami empat orang,  Abang Rahim (JPN Perak) , En. Amin Lipis, en Suhaimi BPSH bertolak ke perkampungan Tekir. Dia kata dekat jah.  sorang pun tak tahu lokasi Tekir, cuma dia kata, dekat.

            Amin yang baca GPS telah menyesatkan kami ke Enstak. Tanya pok guard. dia pun tunjuk jalan secara manual. lalu bawah highway. Dekat jam 10 baru sampai ke Sekolah Kebangsaan Tekir, Nilai, Negeri Sembilan.

Pok guard tutup pintu. Gi la jupe Tok Batin.

               Betandang ke rumah Tok Batin Satri. Suspen juga nak pergi jupe tok batin malam-malam ni. Mujur Pok Guard sekolah sanggup jadi guide.

Batin Satri menyambut kehadiran boss kami.

             Ringkas cerita cik Mi menerangkan kehadiran untuk dapat data KEDAP. Hebat punya tok batin. Tak sampai setengah jam dah boleh kumpul murid KEDAP.

             Maka bermulalah ujian KEDAP malam tu.


Kami balik ke hotel kira-kira jam 1.00 pagi.

Selasa, 4 Disember 2012

PROGRAM PENILAIAN KEDAP 2012

PROGRAM PENILAIAN KEDAP 2012

Pada  hujung oktober lalu buat penilaian KEDAP di Gua Musang bersama En Aminuddin dari IPG TAA dan En Wan Badrudin dari PPD Gua Musang. Inilah kali pertama sejak kenal Pos Tohoi saya masuk ke dalam perkampungan pada waktu malam.  Selesai menjalankan ujian pada pukul 10.30 malam. Keluar ke bandar Gua Musang hampir jam 12.00 malam.




                                                                                                                    



En. Wan Bad membantu program penilaian  KEDAP di Pos Tohoi

En. Amin melaksanakan ujian di SK Tohoi







 Menjalankan ujian di Pos Sungai Rual.
Tuan Guru Besar memberi cenderahati yang 'spesial'. Tak pernah lagi dapat cenderahati serupa itu. Terima kasih ustaz.











 Ini pengalaman baru juga. Kerja dengan En Suhaimi banyak pengalaman baru. Dulu pernah dia bawa kita ke Ulu Baram. Biasa dah dengan pedalaman.
Dalam mesyuarat pelaporan KEDAP, Negeri Sembilan tidak menghantar laporan.
Kena cari juga. Malam tu bertolak dari Hotel EMPress, Sepang, kami tekad mencari data untuk mewakili N9. Mujulah Tekir tu dekat Sepang.
Kami menjalankan ujian di rumah Tok Batin Satri di perkampungan Tekir.

Khamis, 27 September 2012

Mendampingi kanak-kanak orang kampung di Perkampungan Kuala Koh, Gua Musang dalam program bersama JAKOA. Berinteraksi menggunakan bahasa Bateq.





Rabu, 26 September 2012

Bersama dengan Pegawai Pendidikan JAKOA, En Ramli di Perkampungan Kuala Koh.

Khamis, 1 Mac 2012

LITERASI BAHASA MELAYU DI PPD BACOK DAN PASIR MAS

          Jabatan Pengajian Melayu IPGKKB telah melaksanakan kursus LINUS untuk guru-guru bahasa Melayu dalam  PPD Bachok dan PPD Pasir Mas. Program Bacok di adakan di Sekolah menegah Kecelong, manakala di Pasir Mas diadakan di SK Kiambang.










HENDROP MEMBACA