Kehidupan masyarakat Orang Asli dipedalaman masih berpegang kuat kepada Adat Resam dan Pantang Larang yang menebal. Walaupun pembangunan, prasarana serba canggih, seperti IT dan sebagainya sudah terserlah. Tetapi masyarakat Orang Asli yang menjadi penghuni tetap dipedalaman masih terikat amalan tradisi budaya dan pantang larang mereka. Bagi yang belum mengenali kehidupan sebenar, serta amalan yang dipegang oleh masyarakat Orang Asli. Jangan lah membuat andaian-andaian prasangka buruk atau tanggapan negatif yang boleh melenyapkan sesuatu bangsa atau kaum. Orang Asli hidup dengan identiti mereka, pusaka amalan nenek moyang. Mereka memerlukan bantuan serta bimbingan dari Kerajaan dan akur pada pemimpin. Tidak menolak program-program pembangunan atau menganggu gugat keselamatan negara mereka wajar diberi perhatian dan mereka adalah rakyat Malaysia.
PANTANG LARANG YANG DITEGAH
Dalam Perjalanan.
Elakkan bercakap perkara-perkara tidak penting.
. Cakap besar
. Menegur sesuatu yg tidak pasti.
. Jangan membuang air kecil atau
besar dalam sungai.
. Jangan ( besiul )
2. BERADA DIPERKAMPUNGAN
Buangkan tanggapan perkataan yg berbau menghina. Seperti Sakai, Pangan, bodoh, malas
dan sebagainya.
i. Hindarkan memuji kanak-kanak kecil O/Asli.
ii. Jangan memukul binatang.
iii. Usah menangkap rama-rama.
iv. Dilarang naik rumah O/Asli sebelum dipelawa.
v. Jangan memberi sesuatu kepada wanita O/Asli.
vi. Tidak boleh menyapa O/Asli menangkap ikan
vii. Orang Asli sedang berburu.
viii. Elakkan bertanya cerita/soalan lampau ( komunis)
ix. Jangan paksa O/Asli buat sesuatu yang ia tidak rela.
x. Jangan berjanji.
KEMATIAN
Apabila berlaku kematian mayat simati akan ditanam jauh seberang sungai.Seluruh kampung akan berkabung.( tehmoh )
Tidak dibenarkan kegiatan bersuka ria.
Wanita dilarang berhiaskan diri.
Kebiasaan nya pantang berkabung 2 atau 3 bulan.
Selepas pantang berlalu diadakan hari “Buka Pantang” tarian sewang.
BUKA PANTANG
Selepas pantang diadakan “Hari Buka Pantang”
Diadakan majlis makan besar.
Sebelah malamnya diadakan Tarian Sewang.
Buka Pantang hanya mereka yg dijemput sahaja.
Semasa bersewang tetamu tidak dibenarkan keluar/masuk majlis. Sehingga diarah oleh Tok Halak
Pengantin Baru. ( tidak digalakkan membuat kerja berat, keluar rumah pada hari pertama.)
Menantu Lelaki/Perempuan. ( dilarang bercakap antara satu sama lain. tidak boleh duduk berdekatan.)
Buka ladang baru. ( patuhi arahan ketua/bomoh tanaman tidak menjadi.)
Kempunan Selantap. ( pelawaan yg tidak diterima.)
Menuai Padi Baru. ( Semangat ‘ruai’ padi yg ditanam,tuai,tumbuk persiapan memasak ada waktu tertentu.)
Kenduri Padi Baru. ( amalan ini diharap semangat padi dimusim hadapan bertambah.)