Pengalaman ke Pos Tohoi memang sukar dilupakan. Memo yang saya dapat menunjukkan saya diantara lima orang pensyarah yang akan ke SK Tohoi, tunggu pun tunggu....Udin, pemandu 4X4 kata, kita tak boleh tunggu lama-lama. Kalau petang hujan, susah kita nak masuk. Masuklah saya berkeseorangan.
Bersama kumpulan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Pendidikan pemulihan Khas telah mengadakan program di SK Tohoi. Empat kumpulan yang ditugaskan untuk melaksanakan program ini bergerak selama seminggu ke sekolah-sekolah terpilih.
Sekolah yang terlibat ialan SK Kuala lah, SK Pos Pulat, SK Tohoi dan SK Sg Rual, Jeli. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru KSPK mengenai gambaran teknik pengurusan bilih darjah kelas KIA2M di sekolah Asli. Guru juga bolah berkongsi pengalaman dan membantu guru dalam melaksanakan KIA2M di SK Asli.
|
Taklimat bersama wakil PPD Gua Musang |
|
Perbincangan strategi melaksanakan tugasan |
|
Mengatur stategi. Cikgu Razali (KSPK) |
|
Lawatan ke kampung bersama encik Raman |
|
Berakit ke Gua Peralin |
Bersama En Ismail Jaafar dan Cikgu Mohd Arif (Guru Besar) berbincang dengan ibu bapa murid KAP