Isnin, 22 Oktober 2007

PELANCARAN KURIKULUM ASLI PENAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR LINGGI

Pada 21 Okt 2007, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dato' Wan Mustama Wan Abdul Hayat telah merasmikan  majlis pelancaran pelaksanaan  Program Kurikulum Asli Penan di sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.
Pengarah BPG, Dato' wan Mustama diiringi oleh Penghulu Hamdan, Pegawai PPD Gua Musang En Mohd Zahari Othman, Pengarah IPKB, Tuan Haji Sallehudin Abdul Wahab, Penghulu Ramli, Pensyarah  IPKB, Guru-guru SKPL dan pegawai pendidikan JPN Kelantan, Wakil JAKOA serta penduduk Pos Lebir.

Barisan pensyarah IPKB

Berbincang mengenai masa depan murid Asli bersama En wan Badaruddin, Pegawai dari PPD Gua Musang

Khusuk mendengan amanat pengarah

Persembahan dikir barat penduduk Pos Lebir., diketuai oleh Ustaz Ghani.
Bersama Guru Besar, Tuan Haji Ghazali bin Jusoh, Pemangku Pengarah JAKOA Kelantan ke bilik darjah untuk melihat pelaksanaan KAP.

Pengarah BPG menyampaikan amanat
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada pengarah BPG

Cikgu Marzuke, guru pelaksana rintis KAP di SKPL.


Cikgu Marzuke menunjukan demotrasi permainan kepada para pengunjung. Murid lebih berkeyakina  dalam kelas memalui pelaksanaan KAP.

Apakah Kurikulum Asli dan Penan
Pelaksanaan KAP mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat pendidikan. Ada yang mengatakan KAP adalah satu program yang menbawa murid Asli undur ke belakang dan sebagainya.
KAP digubal berasaskan pelbagai pertimbangan
• Kadar keciciran dan ketidakhadiran murid orang Asli dan Penan yang t tinggi.
• Peguasaan sangat minimum kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
• Motivasi yang rendah untuk hadir ke sekolah
• Kurang penekanan terhadap kepentingan pendidikan
• Kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajara kurang mengambil kira keperluan khusus murid orang Asli dan Penan.
 • Cepat lupa akan apa yang dipelajari .

Matlamat dan Objektif KAP

 Kurikulum Asli Penan bertujuan untuk melahirkan murid orang Asli dan Penan yang berpengetahuan, berkemahiran, berakhlak mulia, mencintai alam  persekolahan dan sosiobudaya mereka serta dapat menyesuaikan diri dengan sosiobudaya negara ini.

Objektif KAP membolehkan murid:

1.      Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
2.      Berminat hadir ke sekolah,
3.      Mempraktikkan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan,
4.      Berinteraksi dengan masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk melahirkan perpaduan dan keharmonian,





5.      Bersikap positif,
6.      Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,
7.      Memahami sosiobudaya setempat dan negara.

Rabu, 1 Ogos 2007

KIA2M DI SEKOLAH KEBANGSAAN TOHOI, GUA MUSANG.

                      Pengalaman ke Pos Tohoi memang sukar dilupakan. Memo yang saya dapat menunjukkan saya diantara lima orang pensyarah yang akan ke SK Tohoi, tunggu pun tunggu....Udin, pemandu 4X4 kata, kita tak boleh tunggu lama-lama. Kalau petang hujan, susah kita nak masuk. Masuklah saya berkeseorangan.

                       Bersama kumpulan Kursus  Sijil Perguruan Khas (KSPK) Pendidikan pemulihan Khas  telah mengadakan  program di SK Tohoi.  Empat kumpulan yang ditugaskan untuk melaksanakan program ini bergerak selama seminggu ke sekolah-sekolah terpilih.

                      Sekolah yang terlibat ialan SK Kuala lah, SK Pos Pulat, SK Tohoi dan SK Sg Rual, Jeli. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru KSPK mengenai gambaran teknik pengurusan bilih darjah  kelas KIA2M di sekolah Asli. Guru juga bolah berkongsi pengalaman dan membantu guru dalam melaksanakan KIA2M di SK Asli.
Taklimat bersama wakil PPD Gua Musang

Perbincangan strategi melaksanakan tugasan

Mengatur stategi. Cikgu Razali (KSPK)

Lawatan ke kampung bersama encik Raman


Berakit ke Gua Peralin


Bersama En Ismail Jaafar dan Cikgu Mohd Arif (Guru Besar) berbincang dengan ibu bapa murid KAP

HENDROP MEMBACA