Isnin, 13 Disember 2021

PROGRAM JALINAN MESRA MENYANTUNI MASYARAKAT ASLI TAMAN NEGARA BERSAMA SEJAHTERA CENTRE UIA

Pada 9 dan 10 Disember 2021, IPGKDRI telah diundang menyertai program Jalimnan Mesra Menyantuni Masyarakat Asli di Taman Negara pahang. Program bersama UIA turut disertai oleh IPGKTAA dan IPGKKB.
Bersama penduduk kampung Sat.
Kami biasa berjalan ke Kuala Koh. Biasanya perjalanan sehari. Turun pagi, akan sampai petang di Kuala Koh.
 Kalau bawa anak dan bini, mungkin memakan masa dua atau tida hari.
Bangunan surau dalam pembinaan
Kampung kucing.
Kampung Bantal
Kampung Bantal.

Selasa, 23 November 2021

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI ANTARA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) DENGAN PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI KEBANGSAAN DAN IPGM ZON TIMUR

Pada 17 November 2021, satu mesyuarat PKPP Zon Timur dengan UNIsZA telah diadakan di IPGKDRI. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof Ramlee Abdullah.
Pelbagai program dirancang untuk menarik minat dan memberikan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli betapa pentingnya pendidikan agar kehidupan lebih terjamin dan tidak tertinggal dalam arus perdana. Pengarah IPGKDRI, Dr Hajah Narita Mohd Noor turut hadir menyampaikan kata-kata aluan Antara yang hadir ialah YBrs. Prof. Dr. Ramle bin Abdullah Felo Penyelidik Dr. Aminuddin bin Mohamed Dr. Mohd Faizal bin Hassan Dr. Fauzi bin Hassan Encik Norhyisyamuddin Bin Kamil Haji Mohd Shamsuddin bin Jamiran Dr. Mahadi bin Hussin Pensyarah dan Haji Rosley bin Mustafa Pensyarah IPGKKB

Khamis, 11 November 2021

Kunjung Hormat ke JAKOA Perak, Ziarah SMK Bawong dan One Stop Centre JAKOA Perak

Pada 8 November 2021,  IPGKDRI telah mengadakan kunjungan balas ke JAKOA Perak yang bertempat di One Stop Centre di Bawong, Sungai Siput. Perak
Rombongan diketuai oleh Pengarah IPGKDRI, Puan Dr Hajah Narita Mohd Noor dan 4 orang pensyarah.

Dalam perjalanan ke One Stop Centre, rombongn telah singgah di SMK Bawong.  Rombongan disambut oleh Cikgu Mohd Noor, GPK HEM yang akan pencen jumaat depan


Menandatangani jalinan persefahaman JAKOA-IPGKDRI

Ziarah ke Pos Yum.


Bersama Tok Batin Andak. Tok batin Pos Yum.





 

Khamis, 7 Oktober 2021

NONG PAI 2 AKHIRNYA TERBIT JUA

Setelah beberapa kali menjalankan aktiviti edit mengedit, akhirnya NONG PAI 2 terbit juga, walaupun terlewat tiga tahun. Tahniah kepada editor. Boleh lah jadi tatapan untuk adik-adik...he he he NONG PAI setrusnya mungkin akan menyusul.

HENDROP MEMBACA