Selasa, 4 Ogos 2020

Sembang Wak Bilal Mustajam

          Embah engkau(Embah Wahab) tu sekampung dengan bapa aku di Bengkal, Ponorogo. Saya bersembang dengan Wak Mustajam selepas solat zuhor di Masjid rahmaniah, Sungai Air Tawar.
Embah wedok (embah Seri/embah Kalsom, Ayah kepada Jamiran/Hj Jamil) asal Kediri. Dia tu 2 beradik dengan Haji Ikhsan  (Pak Ehsan) Buyut  awak ( Mbah Dol Ghani) dikhabarkan  dikebumikan di Lubuk Pusing, dekat Bagan Terap. Embah awak ada  adik beradik lain tapi Wak  tak ingat. Barangkali duduk di Selangor (kuala Selangor).

 Wak Bilal Mustajam lahir di sini (Sg Air Tawar) sekitar 1934. Antara orang tua di kampung. Rakan sebaya yang masih ada ialah Hj Latif @ Wak Misni Tebuk Marjan. Wak Mustajam merupakan bilal Masjid Rahmaniah yang paling lama. Difahamkan beliau mula menjadi bilal  pada hujung tahun 1950an sehingga kini (2020)

     Wak Mustajam dibesarkan oleh emak saudaranya. Emak wak Mustajam balik ke Kediri ketika wak berusia 36 hari. Selepas itu emak Wak tak datang ke Malaysia. Dia kahwin lain dan ikut suami ke Sumatera. 

    Pada tahun 1974, wak Mustajam menjual bendang 1/2 keping dengan tujuan mencari emaknya di Kediri. Perjalanan ke Jakarta naik kapal dagang, tetapi  transit dalam kapal di Singapore selama 9 hari sementara kapal mengisi barang. 

    Sampai di Kediri, ia diberitahu emaknya telah ikut suami ke Sumatera. Seperti berdrama, Wak Mustajam "menyamar" jadi orang kampung ke Sumatera sebelum bertemu emaknya. 

     Wak berjaya membawa emaknya ke Malaysia dan mempertemukan dengan adik beradik lain di Malaysia.  Wak Mustajam menggunakan "visa kapal terbang" untuk membawa ibunya ke Malaysia dan dapat tinggal di Malaysia selama 2 minggu.


Tu la sembang  Raya dengan wak Mustajam. 

HENDROP MEMBACA