Jumaat, 30 Oktober 2020

Ziarah Sungai Berua.

 Kumpulan penyelidakan JAPIM telah mengadakan ziarah ke Pos Sungai Berua dan SK Sg Berua.

  Berjumpa dengan GB dan Ustaz mendapatkan maklumat tentang kefahaman Islam dalam kalangan kanak kanak Asli. 

Bangunan "asrama" di halaman surau Sg Berua.

Replika rumah asal. Masih digunakan. Selesan dan nyaman.

Dr Asri berbual dengan murid SK Sg Berua. 
Solat dah.




Perumahan baru untuk keluarga .










Khamis, 8 Oktober 2020

Kuala Atok, Ulu Atok, Felda Krau dan Felda Mempaga, Pahang & Imtiaz Dungun

 Dulu-dulu, 40 tahun lalu, hujung 1980an

Pernah dengar nama Kuala dan Ulu Atok daripada cikgu Azam. Tempat berkelah dan berakit...



Bakal Ustaz di SMA BENTONG. 
Ustzh Asna, Imtiaz Dungun. Gambar "curi" 


Sifu. 
Para 'alamah sedang bermuzakarah. 


Rabu, 23 September 2020

Ziarah Pos Selaoh, Gerik, Perak






 Pada 9 Sept 2020, Wak bersama En Mohd Asri Harun, pensyarah JPM IPGKDRI telah bersama-sama dengan JAKOA Perak dan Pengarah KEMAS Perak, en  Tawfik mohd yusof,  Tim pgrh, Asri mohd salleh dan beberapa orang pegawai telah mengadakan lawatan pemantauan Literasi di Pos Selaoh, Gerik , Perak.

        Perkampungan kecil ini terletak kira-kira 16 km dari jalan besar Gerik Jeli. Bertolak daripada "high point" kira-kira pada jam 10.00 pagi, perjalanan melalui jalan raya kira-kira 10 kilometer . Tiba di "beta balak", perjalanan of road kira-kira 16 km. Perjalanan masuk dengan jalan tanah tidaklah terlalu sukar dibanding dengan pedalaman kelantan.

      Rombongan kami disambut oleh bakal  Tok batin Asuk a/l Gelugor. Penduduk disini adalah daripada Suku jahai, pecahan daripada pos  Banun.  Kampung ini mempunyai 38 Ketua isi rumah dengan penduduk lebih kurang 120 orang.







       Menurut Tok batin Asuk, ada penduduk yang beragama Islam dan pihak JAKIM pernah mendirikan surau di sini.

 







Selasa, 4 Ogos 2020

Sembang Wak Bilal Mustajam

          Embah engkau(Embah Wahab) tu sekampung dengan bapa aku di Bengkal, Ponorogo. Saya bersembang dengan Wak Mustajam selepas solat zuhor di Masjid rahmaniah, Sungai Air Tawar.
Embah wedok (embah Seri/embah Kalsom, Ayah kepada Jamiran/Hj Jamil) asal Kediri. Dia tu 2 beradik dengan Haji Ikhsan  (Pak Ehsan) Buyut  awak ( Mbah Dol Ghani) dikhabarkan  dikebumikan di Lubuk Pusing, dekat Bagan Terap. Embah awak ada  adik beradik lain tapi Wak  tak ingat. Barangkali duduk di Selangor (kuala Selangor).

 Wak Bilal Mustajam lahir di sini (Sg Air Tawar) sekitar 1934. Antara orang tua di kampung. Rakan sebaya yang masih ada ialah Hj Latif @ Wak Misni Tebuk Marjan. Wak Mustajam merupakan bilal Masjid Rahmaniah yang paling lama. Difahamkan beliau mula menjadi bilal  pada hujung tahun 1950an sehingga kini (2020)

     Wak Mustajam dibesarkan oleh emak saudaranya. Emak wak Mustajam balik ke Kediri ketika wak berusia 36 hari. Selepas itu emak Wak tak datang ke Malaysia. Dia kahwin lain dan ikut suami ke Sumatera. 

    Pada tahun 1974, wak Mustajam menjual bendang 1/2 keping dengan tujuan mencari emaknya di Kediri. Perjalanan ke Jakarta naik kapal dagang, tetapi  transit dalam kapal di Singapore selama 9 hari sementara kapal mengisi barang. 

    Sampai di Kediri, ia diberitahu emaknya telah ikut suami ke Sumatera. Seperti berdrama, Wak Mustajam "menyamar" jadi orang kampung ke Sumatera sebelum bertemu emaknya. 

     Wak berjaya membawa emaknya ke Malaysia dan mempertemukan dengan adik beradik lain di Malaysia.  Wak Mustajam menggunakan "visa kapal terbang" untuk membawa ibunya ke Malaysia dan dapat tinggal di Malaysia selama 2 minggu.


Tu la sembang  Raya dengan wak Mustajam. 

Sabtu, 22 Februari 2020

KEM KEPIMPINAN DA'IE DI SMK RENEK & SK KUALA KUBANG, BESUT, TERENGGANU 2020

Pada 20 - 22 Februari 2020, seramai 35 guru pelatih Jabatan Pendidikan Islam IPGKDRI telah menyertai kem kepimpinan da'ie di SMK RENEK dan SK Kuala Kubang, Besut, Terengganu.
             Program dilaksanakan serentak di SMK Renek dan SK Kuala Kubang. Hebat sungguh set-set JAPIM IPGKDRI.  Wak duk ingat 2 in 1 tu MILO jer. Rupanya program daie pun +++ in 1.



































TP IPGKDRI< En Aminudin menerima cenderrahati dari Pengetua SMKR En Aliziyad

Sifu IPGKDRI, Al Fadhil TG Mohd Sood, TG Zainuddin , ehem-ehem, Cikgu Tuan Fauzi  PK SMKR





Majlis Perasmian penutupan bersama Ketua PPDBesut, Hj Abdullah Zawawi.

Al Fadhil Hj Sood menyampaikan quran kepada para peserta






HENDROP MEMBACA