Khamis, 7 Disember 2017

Hari keluarga Embah Haji Ali Sulaiman

      Pada 2 Disember 2017, keluarga Mbah Ali di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Rumah Sungai Air Tawar dipilih sebagai lokasi program kerana Hajah Paton merupakan satu-satunya anak Haji Ali yang masih boleh dirujuk.






            Tidak banyak sumber yang diketahui mengenai Embah Haji Ali. Embah Ali mempunyai dua beradik lelaki dan dua beradik perempuan. Mereka adalah Embah Nor , Embah Taib, Embah Salimah, Embah Aishah dan Embah Fatimah.



              Embah Haji Ali mempunyai 3 orang isteri. Dengan isteri pertama , embah mempunyai seorang anak bernama Dasuki @ Othman Pak Dir Man.  Pak Dir Man bekerja dengan syarikat perkapalan di Singapore, kemudian dia menjadi kapten kapal yang berpusat di Tanjung Periuk, Jakarta Utara, Indonesia.  Sewaktu Pak Dir Man belayar, sering beliau singgah di Sabak Bernam apabila kapalnya berlabuh di Port Klang. 

            Pak Dir Man berkahwin dengan orang Sunda dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Yang saya ingat nama anak bongsunya ialah Aishah. Usia sekarang dalam lingkungan 50an. 

            
             Isteri yang pertama meninggal di Mekah.Setelah isteri pertama meninggal dunia, Embah Ali berkahwin dengan adik iparnya. bernama ..."embah Sapura" / tak pasti 
.. Perkahwinan kedua ini Embah Ali dikurniakan  seorang anak bernama Basiran.  Jodoh perkahwinan kedua tidak panjang. 
            Setelah itu, Embah Ali berkahwin dengan Embah Zainab. Mereka dikurniakan 5 orang anak perempuan. Sebelum berkahwin dengan Embah Ali, Embah Zainab mempunyai seorang anak bernama Rusik. Pak Dir Rusik tinggal di Parit Kuda, Batu Pahat. Pak Dir rusik tinggal mdiJohor bersama embah Mah di Parit Yaani
Masak bersama. Boleh dijadikan agenda utama setiap kali berjumpa

Kang Pot (Tuan Haji Mahpot Husin) dan Kak Ikah (Kak Maryam) merupakan generasi yang perbah bertemu dan berinteraksi dengan Embah Ali. Rumah Embah Ali terletak di Parit 6 1/2, Sungai Besar, Selangor. Menurut beliau, Embah Haji Ali tergolong dalam kalangan orang 'Alim yang mengaji kitab tua. Di rumah embah Ali ada sebuah meja  rendah (ala Jepun) yang  menempatkan kitab-kitabnya.





Rumah Haji Mahpot, Sungai Besar.

Gambar bersama Cik Suliha Hj Taib (tiga dari kiri) dan Lek Dorjani (kanan sekali) di rumah Cik Suliha di sabak Bernam.





HENDROP MEMBACA