Program selepas waktu ashar, saya gunakan untuk melawat perkampungan Asli di Sungai Bumbum dan Sungai Judah.
Mah Meri bermakna ‘Orang Hutan’, sementara dalam istilah Mah Meri disebut ‘berbisik’. Mereka juga dikenali sebagai orang laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat berkenaan asal usul mereka. Walaupun begitu, mereka dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari daripada musuh. Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.
Melawat Perkampungan Budaya Mah Meri. Bayar RM 5..
Petang tu dah tutup. Boleh nampak luo saje.
Bersama murid Tahun 5 SK Sungai Bumbum. Baru selesai latihan bola tampar.
Seronok ke sekolah.
Aktiviti petang mengukir . Idea dari mimpi. Nama dia Shamsudin juga.
Idea untuk mengukir diperolehi dalam mimpi.