Khamis, 12 Jun 2014

Galeri Peribumi Sementara

         "Tuan Haji, saya nak pimjam makmal 3 untuk simpan  dokumentasi Peribumi" Wak minta izin untuk menggunakan makmal yang terbiar  sebagai  galeri Peribumi.
Awal 2015 , wak minta kebenaran KJ Teknologi, En Wan Zaini untuk memakmurkan makmal 3 yang menjadi stor komputer lama. KJ kata: "tanya boss". 

Pengarah memberi kebenaran untuk membangunkan galeri dengan syarat:
1. Tiada sebarang peruntukan untuk membangunkan Geleri.::: Wak setuju
2. Mesti ada meja dan kerusi sebagai bilik PdP: ..Wak setuju
3. Makmal boleh diambil bila-bila masa tanpa sebarang notis: Wak setuju

        Galeri Peribumi (Makmal Komputer 3) terus dijadikan bilik P&P walau pun telah dipinjamkan kepada Unit Pedagogi Peribumi. Galeri yang menempatkan poster, maklumat dan  bahan pameran tidak menghalang untuk  guru pelatih melaksanakan pembelajaran.

          galeri ini dibuat pada bulan Ramadhan dengan kos daripada "duit poket" para pensyarah JPM yang pemurah.
Tuan Pengarah meninjau pelaksanaan P&P di Galeri  Peribumi

Guru Pelatih ceria belajar di dalam galeri


Galeri asal adalah menumpang di bilik galeri warisan dengan keluasan 6 kaki kali 12 kaki. Apalah yang boleh disimpan di situ.
En Sulaiman Wak merasmikan galeri sementara


Menatap koleksi laporan aktiviti

Menandataangani buku lawatan galeri


GP Rizal. Guru pelatih suku Temiar Pos Belatim Gua Musang


Koleksi barangan Masyarakat Asli. Sagat Rotan



HENDROP MEMBACA